Perbicaraan Mahkamah Dalam Talian Catat Sejarah

KUALA LUMPUR – Buat pertama kali dalam sejarah perundangan negara, prosiding perbicaraan mahkamah dibuat secara langsung menerusi dalam talian bagi membolehkan orang ramai mendapat akses kepada keadilan.

Tayangan langsung pendengaran kes Mahkamah Rayuan itu bermula jam 10 pagi ini, menerusi portal rasmi badan kehakiman di www.kehakiman.gov.my

Pada prosiding itu, panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Kamardin Hashim mendengar rayuan dikemukakan Zhoa Fangliang, Jin Haifang dan Zhu Cunhua terhadap Syarikat Pengangkutan Satu Hati Sdn Bhd.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Turut bersidang Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Lee Swee Seng dan Datuk Azizah Nawawi.

Terdahulu, peguam KF Ee yang mewakili ketiga-tiga perayu dilihat memulakan hujahnya sebaik jurubahasa membacakan nombor kes.

Turut hadir pada pendengaran rayuan itu, peguam Nurul Dalilah Darmawi dan Azizi Ahmad Shaghir bagi pihak Syarikat Pengangkutan Satu Hati Sdn Bhd, selaku defendan.

Terdahulu, kesemua pihak yang terbabit dalam pendengaran rayuan itu dilihat bersiaran secara langsung di pejabat masing-masing bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan. – BH Online

Loading...