Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

KBS Sasar 6 Juta...

SUNGAI PETANI - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan enam juta penyertaan pada Hari...

SPRM Tahan 3 Penyelia...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga penyelia kem tentera...

Amaran Ribut Petir Di...

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat...

Kakitangan Awam Perak Dapat...

IPOH: Perak mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM700 kepada seluruh penjawat...

Perbicaraan Kes Rogol Exco Perak 11 November Depan

IPOH – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 11 November depan sebagai tarikh perbicaraan kes rogol pembantu rumah warga Indonesia yang dikaitkan dengan seorang Ahli Exco kerajaan negeri Perak, Paul Yong Choo Kiong. 

Proses perbicaraan selama lima hari itu akan didengar di hadapan Hakim Norashima Khalid. 

Terdahulu, mahkamah turut menetapkan 22 Oktober depan sebagai tarikh pengurusan kes sebelum perbicaraan dilangsungkan.

24 Ogos lalu, Choo Kiong didakwa merogol seorang wanita berusia 23 tahun di dalam sebuah bilik di tingkat atas sebuah rumah di Taman Desa Meru, Bandar Meru Raya di sini antara pukul 8.15 hingga 9.15 malam 7 Julai lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh daripada DAP itu didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Perak, Azhar Mokhtar dan dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ainul Wardah Shahidan dan Naidatul Athirah Azman.

Peguam bela, Ramkarpal Singh, RSN Rayer, Leong Cheok Keng dan Farhan Sapian pula mewakili tertuduh.


Peguam Gabriel Susayan dan K. Shalvin turut hadir sebagai peguam pemerhati bagi pihak keluarga mangsa manakala S. Selvi pula sebagai peguam pemerhati Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI).

Sementara itu, wakil Konsulat KBRI, Sabda Tian berkata, mangsa telah bertemu ahli keluarganya yang hadir ke negara ini minggu lalu.

Katanya, Pemerintah Indonesia memberi perhatian serius terhadap kes tersebut memandangkan mangsa merupakan rakyat Indonesia yang bekerja sebagai pembantu rumah di negara ini.

“Kita membenarkan peguam pemerhati bertemu mangsa demi kepentingannya dan semoga proses perbicaraan itu merupakan jalan yang terbaik kepadanya,” katanya.

Kategori