Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

BN Adil & Konsisten...

KOTA KINABALU – Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah berlaku adil dan konsisten dalam...

Kritikan Suntik Semangat Pemain...

KUALA LUMPUR - Ketua jurulatih skuad negara, Tan Cheng Hoe menyifatkan kritikan penyokong...

Isu Keganasan Antara Fokus...

ANTALYA - TURKI. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata isu keganasan...

PKPB: “Ingat Kita Belum...

SELEPAS 47 hari rakyat Malaysia 'terkurung', hari ini hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan...

Perbezaan Pendapat Boleh Gugat Kerajaan PH

KERAJAAN baharu Pakatan Harapan (PH) diketuai Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sedang mula melaksanakan tugas selepas jawatan-jawatan diisi selepas seminggu Pilihan Raya Umum ke-14.

Banyak gagasan-gagasan idealistik timbul dalam tempoh awal ini, seperti penstrukturan semula tol, reformasi pendidikan dan lain-lain.

Walaupun tumpuan kerajaan baharu nampaknya terus berlegar sekitar dakwaan kesalahan pemimpin kerajaan terdahulu, aktivis dari pelbagai kumpulan telah mula bersuara.

Di pihak liberal, mereka menuntut dasar-dasar lama dihapus manakala di pihak konservatif, kebimbangan sudah mula terzahir berhubung dasar pendidikan pro-bahasa Inggeris yang dipercayai mahu dikembalikan oleh perdana menteri.

Di kalangan ahli parti komponen PH sendiri sebenarnya ramai aktivis seni dan budaya pencinta bahasa Melayu yang pernah berdemonstrasi menentang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

Sejauh mana mereka akan berani dan beriltizam memperjuangkan bahasa Melayu dalam kerajaan baharu PH ini lambat laun akan diuji.

Kepelbagaian pendapat sangat luas dalam kerajaan PH dan parti-parti yang membentuk PH, daripada golongan yang disebut liberal hingga yang didakwa Islamis atau ekstremis.

Ini mencetuskan kebimbangan di kalangan pendukung PH sendiri, yang bimbang pengaruh kumpulan lawan mereka menjadi lebih kuat.

Baru-baru ini, kumpulan liberal penyokong PH menolak pelantikan Dr. Maszlee Malik sebagai menteri pelajaran kerana didakwa berfahaman pelampau Islam.

Sesetengah kumpulan Islam Ahli Sunnah juga bimbang dengan pelantikan Maszlee yang didakwa cenderung kepada Salafi.

Kumpulan liberal juga suka dengan peranan yang dimainkan oleh Mahathir sebagai benteng menahan gelombang Islam, atau Islam seperti yang menjadi pegangan arus perdana.

Mahathir diketahui mempunyai pandangan yang lebih terbuka dan tidak bersetuju dengan pegangan seperti mewajibkan pemakaian tudung oleh wanita Islam.


Dalam banyak isu tentang Islam, sebahagian besar PH bersatu hati, tetapi ada beberapa isu lain yang mereka bertentangan.

Pandangan Mahathir, Parti Amanah Negara (PAN) dan penyokong-penyokong mereka sangat dekat dan dianggap progresif, dan ini akan ditonjolkan melalui dasar-dasar kerajaan ini nanti.

Tetapi isu seperti bahasa, Islam Ahli Sunnah dan lain-lain mungkin boleh menimbulkan masalah kepada gabungan PH nanti.

Ini belum lagi diambil kira perbezaan kumpulan politik antara Mahathir dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kedua-dua pemimpin ini sudah mempunyai rangkaian penyokong yang besar, dari peringkat akar umbi hingga peringkat taikun industri.

Masing-masing juga mempunyai pengikut fanatik yang sedia mengiyakan segala tindakan mereka.

Perbezaan ini boleh menyebabkan pertembungan antara kedua-dua tokoh ini, lebih-lebih lagi kalau Anwar semakin besar peranannya dalam kerajaan.

Kedua-dua Mahathir dan Anwar ialah pemimpin besar, dan mereka semestinya tidak akan membiarkan peranan mereka dikecilkan atau dipinggirkan. – Mynewshub.cc

Kategori