Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pesawat EgyptAir Dari Paris...

KAHERAH - Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan kebangsaan Mesir, EgyptAir dikhuatiri terhempas selepas...

200 Penerima Darjah Kebesaran,...

KUANTAN - Seramai 200 individu menerima darjah kebesaran dan pingat sempena ulang tahun...

110 Mangsa Banjir Kilat...

KUANTAN - Seramai 110 mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) akibat...

KL2017: 16 Anggota STAFOC...

KUALA LUMPUR - Di sebalik kemeriahan aksi di gelanggang temasya Sukan SEA Kuala...

‘Perangai’ Artis Baharu Punca Mak Nani Undur Diri

PENGARAH dan penerbit veteran, Datuk Rosnani Jamil, 80, atau lebih dikenali sebagai Mak Nani mengakui salah satu punca pengunduran dirinya daripada bidang seni adalah kerana dia sudah tidak mahu melayan kerenah artis baharu.

Mak Nani berkata, dia tidak mahu berurusan dan berdepan dengan segelintir artis baharu yang tidak memberikan komitmen kepada produksi dan juga mempunyai masalah disiplin.

Mawar Putih merupakan karya terakhir saya. Banyak perkara yang saya sedar dan banyak juga perkara yang sudah berubah, bukan macam dulu lagi.

“Selain teknik penggambaran yang makin canggih, saya juga tak mahu melayan perangai artis yang terlalu banyak hal. Cukuplah dalam filem akhir ini,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Mak Nani, walaupun akan berhenti dari industri seni, dia akan sentiasa mengikuti perkembangan industri dan memberikan sokongannya dari jauh. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori