Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Izzue Islam Mengaku Punyai...

PENYANYI Izzue Islam mengakui dia antara yang lemah daripada segi vokal dalam kalangan...

Aktres Malu Ditanya Mengenai...

TERKEDU dan malu seketika aktres Penelope Cruz apabila penyampai rancangan Today, Savannah Guthrie...

Ais Cair Di Gunung...

MENDAKI gunung tertinggi di dunia bukanlah perkara yang mudah. Di Gunung Everest misalnya, 300...

Anwar, Mahathir Setuju Tiada...

PUTRAJAYA - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan beliau...

Perakam Suara Pesawat Sriwijaya Air Akhirnya Ditemui

JAKARTA – Perakam suara kokpit pesawat Boeing 737-500 milik Sriwijaya Air yang terhempas pada 9 Januari lalu ke dalam Laut Jawa dekat Jakarta dan mengorbangkan 62 penumpang serta kru penerbangan berjaya ditemui, kata Kementerian Pengangkutan Indonesia pada Rabu.

Pesawat itu yang berusia 26 tahun terjunam ke dalam laut pada ketinggian 3,000 meter selepas beberapa minit berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta.

Para penyelam sebelum ini telah mencari perakam suara itu yang merakamkan perbualan antara juruterbang-juruterbang pesawat itu selepas ia terhempas.

Perakam data penerbangan pesawat itu sebelum ini telah dijumpai oleh para penyelam di laut itu.

Laporan awal nahas itu menyatakan juruterbang-juruterbang pesawat tersebut melaporkan pelbagai masalah berlaku sebelum ia terhempas ke dalam laut.


Perakaman suara itu mampu memberikan petunjuk penting tentang perbualan juruterbang-juruterbang berkenaan apabila ia dalam penerbangan menuju ke Pontianak di Borneo.

Pesawat itu sebelum ini pernah digunakan oleh syarikat penerbangan Amerika Syarikat (AS) iaitu Continental Airlines dan United Airlines. – Agensi

Kategori