Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bil SYABAS Boleh Dibayar...

KUALA LUMPUR – Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) berkata mulai 1 Jan, 2018,...

Sindiket Curi Kenderaan Tumpas,...

JOHOR BAHRU - Polis menumpaskan sindiket curi kereta mewah selepas menahan seorang lelaki...

Kegelisahan Pasaran Lenyap Selepas...

KUALA LUMPUR – Sentimen kegelisahan dalam pasaran tempatan ekoran kejutan keputusan Pilihan Raya...

95% Jemaah Tabligh Sudah...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia sedang mengesan lima peratus daripada jumlah peserta...

Perak Sentiasa Kenal Pasti Tanah Untuk Diberi Kepada Petani

IPOH – Kerajaan Negeri akan sentiasa mengenal pasti tanah untuk dibuka dan diberikan kepada golongan petani dan pekebun kecil yang bergantung hidup kepada hasil pertanian kontan mereka.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bagaimanapun meminta para pekebun dan petani berkenaan supaya bersedia untuk berpindah sekiranya kawasan yang diberikan berbeza daripada tanah yang diusahakan ketika itu.

“Kerajaan berpendirian bagi mereka yang bergantung dengan pertanian kontan, pekebun kecil ini kita mesti cari jalan bagaimana membantu mereka untuk meneruskan hidup.

“Tapi mereka perlu sedar jika diberi tanah untuk diusahakan di kawasan lain, mereka perlu sedia berhijrah,” katanya semasa menjawab soalan tambahan Dr Ko Chung Sen (DAP-Kepayang) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Perak ke-14 di sini, hari ini.

Dr Ko ingin tahu adakah Kerajaan Negeri akan meluluskan Lesen Menduduki Sementara (TOL) terhadap pekebun kecil di Perak.

Terdahulu, kepada soalan asal Mohd Akmal Kamaruddin (PAS-Selama) yang ingin tahu kelulusan tanah TOL oleh Kerajaan Negeri, Ahmad Faizal memaklumkan persidangan DUN sebanyak 12,668 telah diluluskan dari tahun 2012 sehingga kini melibatkan semua 12 daerah di Perak.


Menteri besa berkata daripada jumlah itu, sebanyak 6,180 TOL diberikan kepada kaum Cina, Melayu (5,553), India (915), manakala 20 lagi kepada kaum lain melibatkan kawasan seluas 4.02 juta hektar.

Selain itu, Ahmad Faizal berkata kerajaan sentiasa membuka ruang untuk rakyat memiliki tanah di bawah program Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) dan Rancangan Pertanian Berkelompok (RPB).

“Justeru sekiranya kerajaan mengenalpasti tanah kerajaan yang sesuai untuk dibangunkan dengan RPT dan RPB maka hal ini akan dilaksanakan mengikut kemampuan,” katanya. – BERNAMA

Kategori