Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sekitar 80% Pekebun Kecil...

BALING - Sekitar 80 peratus pekebun dan penoreh getah di seluruh negara belum...

Cuti Aidilfitri: Semua UTC...

KUALA LUMPUR - Semua operasi jabatan dan agensi di Pusat Transformasi Bandar (UTC)...

Mayat Tanpa Baju Terapung...

SEREMBAN - Orang ramai yang berada di Taman Tasik Seremban di sini dikejutkan...

Mayat Pekerja Bangladesh Berjaya...

KUALA LUMPUR - Mayat seorang pekerja warga Bangladesh yang terperangkap dalam runtuhan sebahagian...

Perak Sah Dapat Khidmat Anderson Selama Semusim

IPOH – Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) sah mendapatkan khidmat bekas pertahanan import PKNS FC, Zac Anderson dalam menghadapi saingan bola sepak Liga Malaysia 2019.

Pengurus pasukan Perak, Datuk Adly Shah Ahmad Tah berkata pemain dari Australia itu telah menandatangani kontrak untuk bersama skuad The Bos Gaurus selama semusim selepas persetujuan dicapai antara kedua-dua pihak.

Beliau berkata kemasukan Andersdon ke dalam pasukan Perak dilihat mampu menambahkan lagi kekuatan khususnya di posisi benteng pertahanan.

“Pemain ini diikat mengikut keperluan pasukan bagi mengharungi musim ini. Anderson memiliki pengalaman beraksi di sini dan dia turut memiliki kualiti kepimpinan di tengah padang selain kelebihan fizikal yang akan membantu pasukan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Adly berkata antara faktor utama yang menyebab Perak tertarik dengan khidmat Anderson adalah disebabkan pengalaman serta kelebihan fizikal yang dimiliki pemain tersebut.

Mengulas desas-desus untuk mendapatkan khidmat pemain kebangsaan Singapura, Muhammad Faris Ramli, Adly berkata pihaknya tidak terburu-buru selain mahu mendapatkan awang import yang benar-benar berkualiti bagi mengisi slot ASEAN.


Selain itu, katanya Perak juga akan mengekalkan khidmat penjaga gawang, Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy yang membantu Perak menjulang Piala Malaysia pada musim ini.

“Saya sahkan perkara ini dan dia akan kekal bersama Perak malah dakwaan yang mengaitkan ramai pemain yang akan berhijrah (Perak) juga tidak benar sama sekali,” katanya.

Perak menamatkan saingan Liga Super musim ini di tempat kedua selepas Johor Darul Ta’zim (JDT). – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PAFA

Kategori