Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Video: Ngeri… Tiga Pelajar...

CHINA - Tiga pelajar maut dan dua lagi cedera selepas dirempuh sebuah lori,...

Piala AFF: Vietnam Belum...

KUALA LUMPUR - Ketua jurulatih skuad Vietnam, Toshiya Miura anggap kemenangan tipis ke...

Kerajaan PH Tidak Adil...

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kerajaan...

PRU15: Perebutan Enam Penjuru...

LABUAN - Kerusi Parlimen Labuan menyaksikan persaingan enam penjuru termasuk penampilan tiga muka...

Perak Hasrat Laksana Program Pokok Angkat

SUNGAI SIPUT – Kerajaan Perak berhasrat untuk melaksanakan program ‘Pokok Angkat’ bagi memastikan kelestarian hutan di negeri itu terjamin.

Bagaimanapun Menteri Besarnya Ahmad Faizal Azumu berkata perkara itu masih diperingkat kajian kerana untuk mencapai hasrat itu ia memerlukan kos yang tinggi dan komitmen daripada semua pihak.

“Orang ramai meminta kerajaan tidak menebang hutan, jadi jika itu dilakukan (tidak tebang) kerajaan negeri tidak dapat pendapatan menerusi penebangan pokok atau hasil hutan, jadi cara lain masyarakat perlu beri sumbangan.

“Menerusi program pokok angkat orang ramai dapat memberi sumbangan dengan cara membeli pokok, tidak perlu bayar sekali gus boleh bayar secara bulanan mengikut kemampuan agar wang itu dapat digunakan bagi menjaga hutan,” katanya selepas merasmikan majlis sambutan Hari Hutan Antarabangsa peringkat negeri di Pos Kuala Mu di sini hari ini.

Terdahulu, ketika berucap pada majlis itu, Ahmad Faizal menyeru agar pemikiran lama bahawa kekayaan daripada hasil hutan adalah daripada aktiviti menebang balak semata-mata dapat diubah.


“Kita mesti belajar bagaimana negara lain menjadikan khazah alam semulajadi sebagai sumber pendapatan yang lumayan hasil daripada aktiviti ekopelancongan yang menjana pendapatan bernilai jutaan ringgit.

Perak mempunyai hutan simpanan kekal seluas 991,328.05 hektar dan daripada jumlah itu seluas 516,445.70 hektar atau 52 peratus dikelaskan sebagai hutan pengeluaran, manakala bakinya iaitu sebanyak 48 peratus lagi dirizabkan khusus untuk perlindungan seperti hutan tadahan air, hidupan liar dan pelindungan tanah tinggi. – BERNAMA

Kategori