Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Sejarah Tercipta: Roket ‘Falcon...

BILIONAIR Elon Musk berjaya melancarkan roket paling berkuasa miliknya di Pusat Angkasa Kennedy...

3 Cedera Serangan Tembakan...

LOS ANGELES - Tiga remaja sekolah tinggi di barat daya Oregon cedera akibat...

PBT Perlu Akur Kelulusan...

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa tempatan (PBT) sewajarnya membenarkan operasi semua sektor ekonomi...

Iszuree Disingkar Berdasarkan Laporan...

GEORGE TOWN - Penyingkiran Bendahari PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim daripada semua jawatan...

Peperiksaan Kafa Esok Ditunda Ke 7 Oktober

KUALA LUMPUR – Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) 2019 bagi subjek bertulis Ulum Syariah (Akidah dan Ibadah) yang dijadualkan di seluruh negara pada Isnin ini (30 September), ditangguhkan ke 7 Oktober depan.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam kenyataan malam tadi berkata penangguhan itu bagi menghormati perkabungan kemangkatan Sultan Kelantan ke-28 Almarhum Sultan Ismail Petra semalam.

“Jakim merafak sembah setinggi-tinggi ucapan takziah dan rasa dukacita terhadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Muhammad V, ahli-ahli kerabat Diraja Kelantan dan seluruh rakyat Kelantan atas kemangkatan Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra.

“Berikutan pengisytiharan kerajaan Negeri Kelantan bahawa 29 dan 30 September 2019 sebagai cuti peristiwa, Jakim memutuskan peperiksaan UPKK 2019 bagi subjek bertulis Ulum Syariah (Akidah dan Ibadah) yang dijadual pada 30 September 2019 (Isnin) ditangguhkan ke 7 Oktober 2019 (Isnin).”

Sultan Ismail Petra, 69, ayahanda Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, mangkat di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu pada pukul 8.11 pagi Sabtu dan selamat dimakamkan di Makam Diraja Langgar di Kota Bharu, pada pukul 7.20 malam tadi.

Kategori