Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Cadang Pakaian Patuh Syariah...

KUALA LUMPUR – Kerajaan dicadangkan memperkenal peraturan pakaian patuh syariah kepada pramugari di...

Kumpulan Pertama Jemaah Malaysia...

MADINAH - Kumpulan pertama 483 jemaah haji Malaysia musim 1438 Hijrah tiba di...

Netizen Kecam Abang Botak...

SUSULAN video seorang lelaki yang berang akibat pengawal keselamatan lambat membuka palang seperti...

Warga Myanmar Ditahan Miliki...

NIBONG TEBAL - Sepasang kekasih warga Myanmar ditahan selepas polis menemukan sepucuk revolver...

Penyokong Tegar Trump Ditangkap

BANDAR RAYA NEW YORK – Seorang penyokong tegar Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ditahan dan didakwa kelmarin selepas didapati menghantar 13 bom paip melalui rangkaian mel kepada pengkritik beliau dalam satu serangan terbaharu menjelang pilihan raya.

Cesar Sayoc, 56, yang merupakan ahli berdaftar Parti Republikan memiliki sejarah jenayah dan dilaporkan pernah bekerja sebagai penari bogel selain disahkan dilahirkan di bandar raya ini.

Dia dipercayai tinggal di dalam sebuah van yang dihiasi dengan pelekat pro-Trump dan antiliberal. Bagaimanapun, dia berjaya ditahan di luar sebuah pasar raya di Florida.

Susulan itu, van berkenaan turut disita, manakala Sayoc didakwa atas lima jenayah persekutuan termasuk menghantar mel bahan letupan selain pernah mengancam bekas Presiden AS, Barack Obama, kata Peguam Negara AS, Jeff Sessions.

Sayoc didapati bersalah kerana mengirim bahan letupan rangkai­an mel kepada 11 pengkritik Parti Demokrat dan Liberal termasuk Obama dan seteru Trump dalam Pilihan Raya AS 2016, Hillary Clinton serta agensi berita CNN yang banyak mengkritik Presiden AS itu.


Justeru, Sayoc kini berhadapan dengan hukuman penjara selama 48 tahun dengan kedua-dua pemimpin parti politik mengutuk jenayah yang disifatkan sebagai keganasan domestik. – AFP/KOSMO ONLINE

Kategori