Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

BN Rampas Kembali DUN...

JOHOR BAHRU : Barisan Nasional (BN) secara tidak rasmi, merampas kembali kerusi Dewan...

Bagi MC Tak Cukup...

GARA-GARA memberi sijil cuti sakit atau MC yang tidak mencukupi, seorang doktor di...

Kes Rasuah Terbesar Negara,...

KOTA KINABALU - Bekas timbalan pengarah Jabatan Air Sabah, Teo Chee Kong mengaku...

Monyet Berbadan Sasa Kelihatan...

HELSINKI - Seorang pengunjung telah merakam gambar seekor monyet betina jenis saki bermuka...

Penyokong Red Giants Serah Memo, Mohon Perhatian Sultan

SHAH ALAM – Penyokong skuad Red Giants hari ini menghantar memorandum memohon perhatian Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung kemelut yang melanda pengurusan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

Memorandum dua muka surat itu diserahkan Presiden Gabungan Kelab Penyokong Selangor, Mohd. Faizal Wahid kepada pihak istana di Istana Bukit Kayangan, di sini yang diterima pengawal istana, Laskar Kanan Khairul Redzuan Saamaton kira-kira pukul 11 pagi Sabtu.

Menurut Mohd. Faizal, antara kandungan memorandum itu adalah bagi memohon perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menitahkan Presiden FAS yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melakukan rombakan segera ke atas pengurusan persatuan tersebut.

Ini kerana katanya, hanya dengan titah sultan mampu mengelakkan rombakan pengurusan FAS dicemari unsur politik pihak tertentu yang hanya menyebabkan ia terus dibelenggu kemelut berpanjangan.

Penyokong Red Giants, Muhd Ali Zakaria berkata sejarah kegemilangan 33 kali sebagai juara Piala Malaysia tidak sepatutnya dibiarkan lapuk akibat kemelut berkenaan sedangkan rakyat negeri itu mahu terus melihat kecemerlangan pasukan tersebut.

“Kami (penyokong Red Giants) dari Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Tanjung Karang, sanggup korbankan masa, tenaga dan duit untuk datang ke stadium menyokong tapi kami amat kecewa kerana kerajaan negeri masih tak ambil tindakan selesaikan kemelut pengurusan FAS.

“Ramai anak jati Selangor mentadbir syarikat korporat ternama, kalau FAS ada masalah kewangan, kenapa tidak minta penajaan daripada mereka? Jangan asyik kata FAS tiada duit menyebabkan Red Giants terpaksa tarik diri,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Muhd Ali lagi, sekiranya Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan untuk menerajui FAS, seluruh penyokong Red Giants amat berbesar hati menerimanya demi kegemilangan pasukan itu pada masa depan.


Semalam, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah menerusi akaun laman sosialnya menyarankan rombakan drastik dilakukan FAS berikutan perkembangan terkini dilihat begitu membimbangkan.

Beliau turut menggesa FAS mengorak strategi bukan sahaja untuk pasukan utama tetapi juga menekankan pembangunan bola sepak dengan lebih menyeluruh mencakupi peringkat akar umbi.

Menurut Tengku Amir Shah, strategi FAS juga perlu merangkumi langkah meningkatkan mutu infrastruktur di serata negeri dan melaksanakan aspek pemasaran sukan yang komprehensif bagi memperoleh pendapatan yang mapan.

FAS sebelum ini dilaporkan menghadapi masalah dana yang menyukarkan pasukan itu menghadapi Liga Super akan datang berikutan Azmin dikatakan belum mengumumkan sebarang peruntukan kepada Red Giants. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori