Penyokong Parti Politik Di Perak Diminta Kawal Emosi

IPOH – Para penyokong parti politik diminta supaya mengawal emosi dan tidak melakukan provokasi, serta tidak bertindak di luar batas undang-undang susulan pembentukan kerajaan baharu Perikatan Nasional (PN) di Perak.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata pihaknya sentiasa bersiap siaga bagi berdepan sebarang kemungkinan berlaku kekecohan atau provokasi oleh mana-mana pihak.

“Saya percaya masyarakat pada hari ini sudah semakin cerdik berkenaan isu politik dengan memberi peluang kepada sistem demokrasi supaya ia berjalan dengan sangat baik,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemakaian Pangkat kepada 321 pegawai rendah Polis Diraja Malaysia Perak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini, hari ini.

Semalam, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata PN Perak yang terdiri daripada UMNO, PAS dan Bersatu serta tiga wakil rakyat Bebas, mendapat sokongan 35 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi membentuk kerajaan baharu di negeri Perak.

Loading...