Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jari Belum Bertanda Tapi...

PONTIAN - Seramai tiga pengundi di pusat daerah mengundi (PDM) Sekolah Kebangsaan Sungai...

Jalan Kaki 1,600km Promosi...

IPOH - Seramai tiga kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) melakukan kelainan...

Kerajaan Kaji Sistem Harga...

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang mengkaji kemungkinan melaksanakan sistem harga dua peringkat bagi...

3 Pelajar Malaysia Juara...

HEBAT... Pencapaian membanggakan oleh tiga orang anak tempatan apabila berjaya menjuarai pertandingan Program...

Penyokong Liverpool Paling Risau Virgil Van Dijk

RIBUAN peminat Liverpool bersepakat bahawa mereka tidak boleh menerima sekiranya seorang pemain Reds ini tidak bermain dalam perlawanan menentang Huddersfield disebabkan oleh kecederaan.

Empat pemain utama kelab itu iaitu Virgil van Dijk, Mohamed Salah, Sadio Mane dan Naby Keita mengalami masalah kecederaan semasa kejohanan antarabangsa lalu.

Jurgen Klopp mungkin goyah selepas empat tunggak utamanya mengalami kecederaan, sementara dia merancang untuk menundukkan pasukan rakan baiknya, David Wagner pada petang Sabtu.

Awal bulan ini, pengurus Reds tersebut menyifatkan Liga Negara-Negara UEFA sebagai ‘persaingan yang paling tidak masuk akal dalam dunia bola sepak’.

Senarai pemain yang cedera itu menimbulkan kebimbangan penyokong bagi perlawanan yang bakal berlangsung di stadium John Smith.


Portal ECHO membuat undian untuk melihat kecederaan pemain yang manakah yang paling merisaukan penyokong Liverpool dan hasilnya adalah lebih konklusif.

Lebih 4,500 daripada 5,000 yang mengundi memilih Van Dijk sebagai ‘kebimbangan’ mereka yang paling besar. – ECHO/mStar Online

Kategori