Penyokong Jerman Sedih, Pulang Dengan Mimpi Ngeri

BERLIN – Selepas nyanyian “selamat tinggal” terhenti, peminat Jerman terus bertindak balas terhadap keputusan aib juara bertahan, Jerman tersingkir pada pusingan pertama Piala Dunia.

Malah, keputusan itu turut dianggap sebagai “sejarah memalukan” buat bola sepak Jerman sendiri.

“Mimpi ngeri Piala Dunia kami sudah menjadi kenyataan,” kata akhbar popular temoatanĀ Bild.

Walaupun sebelum wisel penamat ditiupkan di Kazan Arena, Rusia, penyokong di Berlin sudah mula meninggalkan bandar itu selepas kecewa dengan prestasi Jerman ketika menentang Korea Selatan.

Perkataan “Raus (tersingkir)” dan “Auf Wiedersehen (selamat tinggal)” bermula dari zon penyokong selepas pasukan itu mengalami kekalahan buruk 0-2 kepada Korea Selatan.

“Ini bukan juara dunia, mereka tidak melawan,” kata Oliver Fischer, 27, yang memakai jersi Jerman.

“Kami benar-benar patut tersingkir, kami tidak melawan, tiada keberanian, tiada idea!”

Kebanyakan penyokong bersedih dan meletakkan tangan di kepala sebagai tanda tidak percaya pasukan mereka sudah tersingkir daripada Piala Dunia. – AFP

Loading...