Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Syamsul Pilih Adi Putra...

FILEM berkonsepkan sejarah ada penonton mereka yang tersendiri. Namun, industri filem negara kini...

Golongan Konservatif Agama: KJ...

PUTRAJAYA - Pandangan atau dakwaan bahawa BN menggunakan golongan konservatif agama untuk terus...

Tiada Ramuan Babi Dalam...

PUTRAJAYA - Semakan sudah dibuat terhadap vaksin Pfizer dan AstraZeneca yang mendapati tiada...

Comelnya… Anak Tomok Yang...

ANAK sulung penyanyi Tomok yang cukup terkenal di laman Instagram bapanya iaitu Arrian...

Penyimpan Mohon Besar Terlupa Nama Raja Perlis

RAKYAT Malaysia yang menonton siaran langsung upacara lafaz sumpah pegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 oleh Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berdebar.

Insiden tersebut berlaku apabila Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad secara kebetulan pula terlupa nama penuh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Istiadat di Balairung Seri itu diadakan dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-252 (Khas) yang dipengerusikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur pagi tadi.

Syed Danial dilaporkan terlupa nama penuh Raja Perlis ketika beliau menyebut senarai nama saksi-saksi selain Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Berdasarkan rakaman siaran langsung menerusi siaran televisyen tempatan, Sultan Selangor dilihat cuba bantu Syed Danial untuk perbetulkan kembali sebutannya.

Syed Danial meneruskan upacara tanpa menyebut nama penuh Tuanku Syed Sirajuddin, sebaliknya beliau hanya menggunakan “Raja Perlis” sebagai mewakili Baginda.


Selepas itu, beliau memohon maaf sembah ampun secara terbuka selepas Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar selesai membacakan doa.

“Patik hamba Allah dengan harapan yang paling tinggi memohon agar patik tidak dimurkai kerana teralpa menyebut nama penuh Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail sebagai Raja Perlis.

“Patik mohon ampun dan dirgahayu Majlis Raja-Raja tuanku,” katanya. – K! ONLINE

Kategori