Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lucu, Komen Netizen Berkenaan...

KONFLIK pergaduhan antara bekas pasangan suami isteri Rita Rudaini dan Aidil Zafuan ini...

Warga Emas Maut, Kereta...

SITIAWAN - Seorang warga emas maut selepas kereta dipandunya terbabas dan merempuh tembok...

2 Peratus Lagi Untuk...

KUALA LUMPUR - Kadar vaksinasi Malaysia terus mencatatkan perkembangan memberangsangkan dengan 88 peratus...

China Tuduh Malaysia Langgar...

KUALA LUMPUR - China membantah tindakan Malaysia membuat serahan kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu...

Penyewa PPR, Perumahan Awam DBKL Dikecuali Sewa Mac

KUALA LUMPUR – Seramai 40,000 penyewa rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan dikecualikan daripada membayar sewa bulan ini manakala bayaran bagi April dan Mei ditangguhkan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, berkata pengecualian bayaran sewa itu membabitkan nilai RM4.96 juta menerusi Inisiatif Wilayah Cakna yang diluluskan Kabinet hari ini.

“Langkah dilaksanakan menerusi Inisiatif Wilayah Cakna adalah bagi melegakan warga kota dan mengurangkan beban sara hidup yang perlu ditanggung warga kota susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengawal penularan wabak COVID-19.

“Golongan ini termasuk dalam kluster ketiga yang dilaksanakan menerusi Inisiatif Wilayah Cakna.

“Ia membabitkan peruntukan RM54.3 juta kepada kluster ini untuk membantu golongan miskin bandar, golongan B40, peniaga kecil dan penjaja,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet, hari ini.

Sebanyak RM63.3 juta diperuntukkan menerusi Inisiatif Wilayah Cakna kepada tiga kluster iaitu kluster barisan petugas hadapan, kluster pesakit dan mereka yang dalam pemantauan (PUI) dan kluster ketiga iaitu warga kota, golongan B40, peniaga dan penjaja kecil di Wilayah Persekutuan.

Annuar turut mengumumkan kementerian bersetuju memberikan moratorium selama enam bulan kepada 6,000 pembeli rumah yang membeli menerusi Yayasan Wilayah Persekutuan membabitkan nilai RM2.5 juta.

Kementerian juga bersetuju mengecualikan bayaran sewa premis perniagaan DBKL kepada 6,000 penyewa selama tiga bulan mulai bulan ini hingga Mei depan.


Beliau berkata, bantuan kewangan sebanyak RM500 juga diberikan kepada 17,617 pemegang lesen peniaga kecil dalam kategori bazar ria, trak makanan, gerai tepi jalan, pasar malam, pasar tebuka, penjaja beredar, pemegang permit sementara, penjaja waktu terhad dan pengusaha pasar tani membabitkan peruntukan sebanyak RM11.8 juta.

“Bantuan ini bertujuan meringankan beban peniaga terbabit disebabkan aktiviti perniagaan tertangguh dan sebagai tanda prihatin DBKL kepada peniaga,” katanya.

Annuar berkata, di bawah inisiatif itu, peruntukan sebanyak RM3.4 juta disediakan kepada kluster kedua iaitu golongan pesakit, pesakit dalam pemantauan (PUI) dan mangsa disahkan positif COVID-19.

Bantuan kewangan dan elaun khas sebanyak RM5.4 juta turut disediakan kepada golongan kluster pertama iaitu petugas barisan hadapan seramai kira-kira 5,000 orang.

“Bantuan sebanyak RM500 dalam bentuk ‘one off’ akan diberikan kepada warga Wilayah Persekutuan yang positif COVID-19 serta sumbangan sebanyak RM2,500 kepada ahli keluarga meninggal dunia disebabkan wabak itu,” katanya.

Zakat Khas berjumlah RM500 turut diberikan bagi setiap keluarga kepada 24,196 keluarga membabitkan peruntukan RM12.1 juta menerusi kerjasama dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). – BH Online

Kategori