Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

JKNP Pergiat Didik Penjagaan...

BERA - Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) kini mempergiat usaha mendidik orang ramai...

Sisa Minyak Hitam Di...

KUANTAN - Sisa minyak hitam yang ditemui di sepanjang pesisiran Pantai Beserah sejak...

SPNB Aspirasi Bangunkan 1,004...

KUANTAN – Unit Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), SPNB Aspirasi Sdn...

Zuraida Gambarkan Jamal Sebagai...

Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin menyifatkan insiden hidung berdarah yang menimpa Ketua Kumpulan...

Penyelidik Dialu Sumbang Bahan Bacaan Di Parlimen

KUALA LUMPUR – Penulis tempatan dan universiti dialu-alukan untuk menyumbangkan bahan akademik kepada Parlimen bagi membantu Dewan Rakyat menjalankan penyelidikan yang lebih baik.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusoff, berkata Parlimen boleh berfungsi dengan lebih baik sekiranya tahap penyelidikannya ditambah baik dan dinaik taraf.

“Sehingga kini, Parlimen hanya ada 13 penyelidik jika dibandingkan dengan Parlimen Australia yang mempunyai lebih 80 penyelidik.

“Parlimen adalah platform di mana banyak topik dibincangkan, jadi kita memerlukan lebih ramai pakar dalam beberapa bidang untuk memberi maklumat dan data kepada ahli Parlimen.

“Justeru, sumbangan buku dan dokumen akademik boleh membantu pegawai penyelidik melaksanakan tugas mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima koleksi lima buku yang ditulis oleh Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Dr Hamid Sultan Abu Bakar di Parlimen, di sini, hari ini.

Turut hadir Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Datuk Dr Naim Mokhtar; Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mary Lim Thiam Suan; bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mah Weng Kwai dan Peguam, Datuk Joy Wilson Appukuttan.

Buku yang ditulis oleh Hamid adalah edisi terkini mengenai prosedur sivil; prosedur jenayah; bukti; advokasi dan etika profesional; dan langkah pencegahan undang-undang.


Mohamad Ariff berkata, beliau ingin menggalakkan orang awam untuk turut serta menyumbang buku secara sukarela.

“Kita sangat berbesar hati untuk menerima apa saja bahan akademik, tidak semestinya berkaitan undang-undang, tetapi ekonomi, sosiologi, malah penyelidikan saintifik.

“Orang ramai juga boleh membantu dalam penyelidikan dan kita juga harus menghargai kerja penyelidik di Parlimen,” katanya.

Mohamad Ariff berkata, ahli Parlimen juga akan mendapat manfaat kerana mereka akan mendapat input yang lebih baik daripada pasukan penyelidikan Parlimen.

“Apabila anda mempunyai input, kualiti perbahasan di Parlimen juga meningkat.

“Dan saya rasa itulah yang kita mahu lakukan sebagai sebahagian daripada proses pembaharuan,” katanya. – BH Online

Kategori