Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mahkamah Putus Esok Kes...

MEMANG aneh namun jangan pula putar belit cakap macam-macam. Ini kerana biasanya jarang...

Korea Utara Ancam Mahu...

SEOUL - Korea Utara berkata ia sedang menilai dengan teliti rancangan untuk menyerang...

Kanak-Kanak 2 Tahun Maut...

BESUT - Tragedi yang berlaku malam kelmarin, menjadi igauan buruk seumur hidup bagi...

Wanita Maut Ditikam Sepupu...

KUANTAN - Seorang suri rumah maut akibat ditikam di muka serta bahu dengan...

Penyebaran Rakaman Perbualan Berniat Jahat – Anwar

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dirinya adalah pemilik suara yang dirakam dalam satu perbualan telefon dengan individu mirip suara Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang tular kelmarin.

Beliau menjelaskan, sudah mengarahkan pegawainya membuat laporan polis bagi menyiasat dalang di sebalik penyebaran rakaman perbualan itu. 

“Saya nak sebut.. ini nak gunakan kita nak lawan politik dalam UMNO, nak gunakan kononnya perbualan saya dan Datuk Seri Zahid untuk politik BERSATU nak menikam pimpinan UMNO.

“Ini bukan kerja saya. Sebab itu saya akan arah pegawai saya buat laporan polis, biar dia (polis) siasat siapa yang punca,” katanya ketika berucap melancarkan bilik operasi PKR di Selangor, malam tadi.

Beliau berkata, penyebaran rakaman perbualan ini bukan taktik baharu untuk menyerang musuh dan yakin Pakatan Harapan (PH) tidak mudah termakan dengan dakyah sebegini. 

Katanya, penyebaran rakaman itu berniat jahat dan menunjukkan betapa terdesaknya pihak tertentu untuk memfitnah.

“Ini bukan taktik baharu, tapi lama. Kita harus matang dan merdeka. Kita kena hadapi dengan berani. Ini tidak akan menggugat usaha kita untuk mencabar mereka dan mendedahkan penipuan, rasuah dan penyelewengan serta ketakutan mereka untuk menghadapi rakyat.


“Ia menunjukkan betapa gundah-gulananya pimpinan negara ini mencari apa saja tipu helah, ugut, beri orang rasuah, tak makan (rasuah), maka dia sebarkan fitnah,” katanya.

Rakaman perbualan itu antara lain berkisar mengenai perjalanan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) minggu lalu, selain menyentuh mengenai sikap serta pendirian diambil menteri-menteri dari UMNO yang didakwa kedua-duanya, sebagai tidak berani untuk meletakkan jawatan menteri yang disandang mereka ketika ini.

Kedua-dua individu dalam audio berdurasi 4.16 minit berkenaan, turut menyentuh mengenai pendirian Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mahu supaya Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan segera serta persetujuan Ahmad Zahid diberi kuasa oleh perwakilan PAU untuk menentukan tempoh masa menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ahmad Zahid semalam menafikan sekeras-kerasnya penyebaran rakaman perbualan itu membabitkan dirinya serta sudah membuat laporan polis, meminta siasatan dijalankan. – BH Online

Kategori