Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Isu Lesen Judi Bukan...

Langkah kerajaan negeri Kedah untuk tidak lagi meluluskan lesen perjudian kepada mana-mana premis...

ATM Terima Peruntukan One-Off...

Kerajaan meluluskan peruntukan sekali beri sebanyak RM10 juta kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM)...

Mizz Nina Kini Gemar...

PUTRAJAYA - Sebelum ini Mizz Nina sering digelar sebagai ratu hip-hop Malaysia, namun...

Cubaan Merogol Meja Piknik...

Di kala dunia digemparkan dengan berita seorang lelaki AS yang melakukan hubungan seks...

Penyanyi Yale Yale Meninggal Dunia Akibat Kanser

DUNIA hiburan minggu ini sekali lagi kehilangan sebutir bintang apabila penyanyi popular era 1990-an, M. Ishak dilaporkan meninggal dunia, kira-kira jam 11.30 malam Khamis.

Allahyarham, 72, menghembuskan nafas terakhirnya di sebuah hospital di Singapura akibat kanser paru-paru, lapor Harian Metro.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di republik tersebut selepas solat fardu Jumaat.

Terdahulu, media melaporkan M. Ishak atau nama sebenarnya Mohamed Ishak Shaik Mohamed dimasukkan ke wad Hospital Tan Tock Seng, Singapura pada 1 Februari lalu.

Menurut anak sulungnya, Mohd Nazaruddin, 43, berkata, bapanya dimasukkan ke hospital berkenaan selepas mengadu sakit selepas pulang dari mengadakan persembahan di Kajang, Selangor pada 31 Disember lalu.

Difahamkan, keluarga juga baru mengetahui Allahyarham menghidap penyakit itu selepas dimasukan ke hospital.


Bapa tunggal kepada empat anak dan 13 cucu itu pernah menerbitkan dua album iaitu The Young Lovers (1967) dan Joget Si Hitam Manis (1970).

Antara lagu popularnya yang masih menjadi siulan ramai ialah lagu Yale Yale. – MYNEWSHUB.CC

Kategori