Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

SJKT Kurang Murid Dipindah...

KLUANG - Kerajaan sedang berusaha memindahkan 22 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) yang...

Unit Siasatan Lebuh Raya...

KUALA LUMPUR - Unit Siasatan Lebuh Raya (USLR) akan diperluaskan ke beberapa lokasi...

Keupayaan Kamera Pengawasan Hidupan...

SEPANG -- Keupayaan ketersambungan dan isyarat kamera pengawasan hidupan liar di Taman Negara...

Video: Anonymous Untuk Isis,...

SEORANG anonymous penggodam kolektif sedang bersedia untuk melepaskan gelombang serangan siber ke atas...

Penyanyi Rap Gaduh Tarik Rambut

NEW YORK – Kalau lelaki bertumbuk, wanita pula mesti tarik rambut bila bergaduh dan inilah yang berlaku antara dua penyanyi rap terkenal, Nicki Minaj dan Cardi B ketika sama-sama hadir di sambutan minggu fesyen Harper’s Bazaar, di sini kelmarin.

Malah, insiden pergaduhan mereka menyaksikan penyanyi terbabit membaling kasut, menurut laporan web.

Dua penyanyi itu yang memakai gaun hitam sedang berjalan keluar dari kawasan permaidani merah apabila berselisih dan pergaduhan terus berlaku.

“Keadaan memamg teruk. Mereka dipisahkan pengawal keselamatan tetapi Cardi masih cuba menyerang Nicki. Malah, dia menanggalkan kasut merah besarnya dan membaling ke arah Nicki yang dihadang beberapa pengawal berbadan besar,” kata satu sumber di majlis itu.

Cardi kemudian dibawa ke sebuah bilik lain manakala Nicki ditahan pengawal keselamatan di hadapannya.

“Masing-masing menarik rambut dan bergelut di lantai. Seorang pembantu Cardi datang dan menariknya,” kata sumber itu lagi.

Seorang lagi sumber yang meminta identitinya tidak didedahkan berkata: “Mereka saling tarik rambut, kemudian Cardi diangkat keluar dari situ.”

Sumber lain pula berkata: “Ia bermula apabila ada orang menolak Cardi dari belakang. Dia jatuh berguling.”


Tetapi, satu lagi sumber mendakwa Cardi yang memulakan pergaduhan itu.

Seorang saksi berkata, anggota pengiring rap bersama Minaj termasuk penyanyi lagu ‘Love and Hip Hop’, Rah Ali, turut sama bergaduh hingga pakaian Cardi B terkoyak.

“Pakaiannya koyak habis di bahagian belakang. Punggungnya terdedah,” kata seorang lagi saksi yang mengaku terkejut melihat kekecohan itu.

Hubungan antara Cardi B dan Minaj mula tegang sejak 2017 apabila mereka saling menyindir antara satu sama lain melalui lagu, mesej di media sosial dan ketika wawancara.

Ketika pergaduhan berlaku, Christina Aguilera sedang membuat persembahan di majlis itu yang turut dihadiri selebriti terkenal termasuk Kendall Jenner, Gigi, Bella Hadid dan Christie Brinkley. – Agensi

Kategori