Penyanyi La Obe Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – Penyanyi era 60-an yang popular dengan lagu La Obe dan Nga Lompak AGo Go, Allahyarham Kassim Rahmat meninggal dunia akibat sakit tua semalam.

Kassim, 84, atau lebih dikenali sebagai Kassim Selamat menghembuskan nafas terakhir pada pukul 3.30 petang di rumahnya di Yishun, di Singapura.

Penyanyi utama Kumpulan The Swallows itu, meninggalkan seorang isteri, Radiah Hadar dan empat anak.

Kassin menghidap sakit dementia sejak lapan tahun lalu.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pusara Aman, Jalan Lim Chu Kang, di sini pagi ini.

Loading...