Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Majlis Raja-Raja Putuskan Status...

PUTRAJAYA - Majlis Raja-Raja Melayu akan memutuskan status sebenar berhubung seorang pemilik akaun...

Hospital Tanah Merah Kini...

TANAH MERAH - Hospital Tanah Merah (HTM) kini mempunyai perkhidmatan pengimbas CT bernilai...

Nabila Huda & Suami...

BUAT pertama kalinya pasangan suami isteri Nabila Huda dan Izwan Johar bergandingan menjadi...

Awas, Rumpai Miang Mexico...

KUALA LUMPUR - Orang awam dinasihatkan untuk mengelak daripada terdedah atau tersentuh 'rumpai...

Penyanyi Hentikan Konsert Demi Selamatkan Wanita

SEORANG penyanyi Pakistan bernama Atif Aslam mendapat pujian serata dunia selepas aksinya menghentikan konsert demi menyelamatkan seorang peminat wanita daripada diganggu sekumpulan lelaki tersebar menjadi tular.

Aksi spontannya itu secara kebetulan berjaya dirakam oleh seorang penonton dalam konsert tersebut sebelum dimuat naik menerusi laman sosial.

Penyanyi Hentikan Konsert Demi Selamatkan Wanita

Menerusi video berdurasi 45 saat itu, Atiff dilihat menegur perilaku sekumpulan lelaki yang telah mengganggu seorang wanita di khalayak ramai.

Dia kemudian meminta pengawal keselamatan menyelamatkan wanita itu dengan menariknya di atas pentas untuk dibawa ke tempat selamat.

Sementara, penonton yang lain pula bersorak nama Atif seolah-olah menyatakan sokongan atas tindakan penyanyi itu.


Rata-rata netizen yang menyaksikan di laman sosial turut memuji-muji penyanyi lelaki.

Lapor The Independent, beberapa orang penonton turut dilaporan mengalami serangan seksual dan gangguan di Konsert Karachi Eat 2017 itu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori