Penyakit Pelik, Tubuh Kulit Gadis Ini Melepuh

SETIAP orang pasti akan mengalami sakit. Namun, kita semua pasti tidak mahu perkara tersebut terjadi kepada kita. Apatah lagi jika penyakit tersebut jarang berlaku dan sangat mengerikan.

Media di Indonesia melaporkan, baru-baru ini, seorang wanita muda tempatan mengalami penyakit yang jarang berlaku iaitu TEN (Toxic Epidermal Eecrolysis).

Ia merupakan penyakit kulit yang disebabkan oleh reaksi alahan terhadap ubat-ubatan.

Penyakit Pelik, Tubuh Kulit Gadis Ini Melepuh

Bukan hanya menyerang permukaan kulitnya, penyakit yang jarang berlaku ini juga menyebabkan kerosakan mulut, tekak, kerongkong dan paru-paru setiap orang yang menghidapnya.

Biasanya ubat-ubat yang akan mengeluarkan reaksi alergik atau Lamictal, Remeron dan Depakote.

Apabila gadis manis ini berada di sebuah hospital awam, seluruh badannya sudah melepuh hingga 80 peratus malah hingga ke jantung.

Kesakitannya sangat parah hingga terus berusaha untuk melepaskan infusi dan tiub pernafasan yang dipakainya.

Penyakit Pelik, Tubuh Kulit Gadis Ini Melepuh

Pasukan perubatan juga bekerja keras untuk menolong gadis malang ini agar dapat pulih kembali. Setelah menjalani rawatan perubatan selama dua minggu, seluruh kulitnya bertindak balas dengan mengeluarkan tompok putih.

Hal itu menandakan penyakit kulitnya perlahan-lahan menunjukkan kesan positif akan sembuh.

Akibat penyakit yang jarang berlaku ini, gadis itu telah kehilangan berat badannya dan kini tubuhnya hanya seberat 36 kilogram. – MYNEWSHUB.CC

Loading...