Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

120 Premis Vape Di...

JOHOR BAHARU - Kesemua 120 premis yang berdaftar bagi penjualan peranti dan cecair...

Guna Pengadil Luar Negara...

JITRA - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL)...

Gangguan Air Di Jempol,...

SEREMBAN - Sebahagian kawasan Jempol dan Kuala Pilah akan mengalami gangguan bekalan air...

PAS Yakin Mampu Cipta...

MIRI - PAS, yang disifatkan banyak pihak tidak relevan dalam senario politik Sarawak,...

Penyakit Jantung Pembunuh Utama Rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR – Penyakit jantung kekal sebagai penyebab utama kematian rakyat Malaysia bagi tempoh 13 tahun iaitu dari 2005 hingga 2017, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye.

Boon Chye berkata, penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, hipertensi, obesiti, pemakanan dan gaya hidup tidak sihat menyumbang kepada peningkatan penyakit jantung.

“Peningkatan kadar penuaan dalam kalangan penduduk negara juga menyumbang kepada pertambahan pesakit jantung dengan kadar hayat yang lebih lama dan memerlukan rawatan jantung berterusan.

“Menjelang 2040, dianggarkan populasi rakyat Malaysia dengan umur 65 tahun ke atas akan melebihi 6 juta, iaitu 14.5 peratus daripada populasi. Ini bermakna beban penyakit jantung koronari dijangka akan berlipat ganda dalam masa terdekat,” katanya ketika berucap merasmikan Pusat Perkhidmatan Penjagaan Jantung Hospital Tung Shin hari ini.

Boon Chye berkata, peningkatan kematian disebabkan penyakit itu juga semakin membimbangkan iaitu pertambahan 54 peratus dalam tempoh 10 tahun dengan 13,503 kematian pada 2017 berbanding 8,776 kematian pada 2007. – BERNAMA

Kategori