Penutupan Penuh Ekonomi: Tuntut Penjelasan Kerajaan

1. Memetik kepada laporan beberapa media tempatan, melalui satu mesyuarat dalaman antara MITI dan Eurocham dan surat Eurocham kepada ahlinya, penutupan penuh ekonomi bakal dilaksana selepas 4 Februari 2021 jika trend peningkatan kes covid-19 terus berlaku.

2. Dalam pada Pengarah Kesihatan Malaysia menyatakan PKP 2.0 tidak akan disambung selepas 4 Februari dan keyakinan kadar kes jangkitan harian mampu diturun kepada 2 digit menjelang Mei, bagaimana wujudnya percanggahan kenyataan (kontradik) dalam usaha menangani pandemik covid-19.

3. Kerajaan harus mengurus isu ini dengan lebih berhati-hati. Senario yang berlaku boleh menyebabkan usaha untuk menangani dampak ekonomi dan kesan pandemik covid-19 terjejas.

4. Saya berpandangan, isu sebegini harus dipandang serius. Suasana ini boleh menimbulkan panik dikalangan rakyat dan kehilangan keyakinan pelabur ke atas pasaran.

5. Saya juga merasakan, pentingnya koordinasi antara Kementerian terutamanya dalam mendapat pandangan dan hala tuju daripada KKM sebelum sebarang maklumat disampaikan.

6. Oleh itu, saya menuntut penjelasan penuh dan meyakinkan daripada kerajaan untuk mendepani isu ini bagi mengurangkan keresahan rakyat, baik pelabur.

Aizuddin Ariffin
Ketua Penerangan AMK Malaysia