Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kerjasama LKIM, TLDM Bantu...

LUMUT - Kerjasama antara Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Perak dengan Tentera Laut...

Remaja Perlukan RM25,000, Bedah...

MELAKA - Seorang remaja yang mengalami masalah 'Adoloscent Idiopathic Scoliosis' atau tulang belakang...

Lebih 30 Buah Rumah...

PARIT BUNTAR – Kira-kira 30 buah rumah di lima kampung sekitar Kuala Kurau,...

“Tinggal Seru Tuhan Untuk...

Seantero pengikut dunia hiburan tempatan sudah mengetahui tentang hubungan cinta yang berbunga antara...

Penutup 2018: Perhimpunan Dedah Wajah Sebenar PPBM

PERHIMPUNAN tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Putrajaya yang berakhir hari ini menunjukkan wajah sebenar parti ini.

Paling mengejutkan ialah ucapan bersahaja seperti di kedai kopi naib presidennya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang menyokong kronisme kerana mahu menang pilihan raya “by hook or by crook” dan menganggap kemenangan Pakatan Harapan dalam pilihan raya lalu sebagai “mukjizat.”

Ucapan ini meruntuhkan segala imej berintegriti yang dipersembahkan kepada rakyat, dan mendedahkan politik pragmatik mereka sebagai parti yang mahu mengukuhkan dan melanjutkan kuasa.

Kenyataan pemimpin tertingginya, Tun Dr Mahathir Mohamad turut menggemparkan dan mengguris perasaan orang Melayu apabila mengulang lagi dakwaan orang Melayu pemalas.

Boleh dijangka, ucapan terus mempersalahkan orang Melayu ini sebagai usaha menutup sikap beliau sendiri yang tidak mahu meneruskan dasar membantu rakyat, menyediakan “safety net” kepada rakyat memerlukan.

Tidak kurang mengejutkan ialah beg mahal jenama Hershel – beg berjenama mewah yang harganya dalam lingkungan RM300 – yang diberikan kepada perwakilan.

Kalau pemilihan dan pemberian beg mahal itu tidak cukup mengejutkan, jawapan bersahaja tanpa rasa bersalah daripada pihak bertanggungjawab mendedahkan lagi kepincangan dalam PPBM.

Pada masa mereka mengulang-ulang fitnah hutang negara RM1 trilion dan isteri bekas perdana menteri bermewah-mewah dengan beg tangan mewah, mereka tanpa rasa bersalah melaram dengan beg mahal.


Mereka turut mencadangkan agar dasar subjek sains dan matematik dalam bahasa Inggeris diperkenal semula, walaupun sudah terbukti gagal dan hanya diteruskan kerana kehendak sekelompok elit.

Cadangan ini tidak lain ialah kerana mahu meneruskan legasi perdana menteri keempat dan bukan berdasarkan keperluan yang benar. Cadangan ini semata-mata kerana mahu menunjukkan sokongan tidak berbelah bagi dan mengambil hati pemimpin mereka yang berjawatan perdana menteri itu.

Akhirnya, yang paling menunjukkan PPBM hanyalah alat untuk kuasa seseorang ialah cadangan agar Mahathir kekal sebagai perdana menteri hingga Pilihan Raya Umum ke-15.

Jika terlaksana, kuasa dimiliki cukup untuk membolehkannya memelihara legasi malah menambah pencapaian baru.

Akhirnya tidak kedengaran lagi suara lantang membela rakyat, menyelamatkan negara dari korupsi tetapi hanya berlegar sekitar kuasa kelompok mereka. – Mynewshub.tv

Kategori