Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lepas Jual Bengkung, Sajat...

SELEPAS kejayaan DSV dalam perniagaan barang kemasnya, kini seorang lagi usahawan terkenal telah...

Makluman Temuduga Terbuka Tersebar...

KUALA LUMPUR - Makluman kononnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan eksesais temuduga...

“Dah Tak Sempat Ambil...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akui terima...

Imigresen Gempur Operasi Inap...

PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menggempur operasi penginapan sewa atau inap desa...

Penuntut Universiti Swasta Urus Tiga Pelacur Ditahan

KOTA BHARU – Seorang penuntut universiti swasta berusia 24 tahun yang juga ‘bapa ayam’, menguruskan tiga pelacur ditahan dalam tiga serbuan di dua apartmen di Lorong Minyak Gas dan Jalan Post Office Lama, di sini, semalam.

Serbuan pada jam 7.30 malam, penuntut tahun kedua jurusan Ijazah Sarjana Muda Sumber Manusia ditahan di hadapan lif tingkat satu apartmen di Lorong Minyak Gas oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan.

Pegawai Turus D7 Kelantan, Asisten Superintendan Mat Zol Ismail, berkata susulan itu pihaknya menahan seorang wanita berusia 36 tahun dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang sedang melayan seorang pelanggan lelaki.

Katanya, serbuan ketiga di apartmen di Jalan Post Office Lama menahan dua wanita berusia 27 dan 40 tahun masing-masing berasal dari Sarawak dan Melaka.

“Modus operandi kumpulan itu, dengan menawarkan perkhidmatan seks melalui aplikasi WeChat sebelum bertemu pelanggan di rumah tumpangan di sekitar Kota Bharu.


“Siasatan mendapati, tiga wanita itu menjalankan aktiviti pelacuran secara persendirian atau sambilan.

“Mereka akan bergerak dari satu negeri ke negeri yang lain mengikut permintaan pelanggan dengan bayaran RM300 sekali perkhidmatan. Pelanggan juga perlu membayar deposit selepas proses tawar menawar selesai,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. – BH Online

Kategori