‘Penuntut Universiti Oxford’ Tipu Mak Bapak Lebih RM1.4 Juta

SEORANG wanita dari London, Nicola Boardman, 34, tergamak menipu kedua-dua ibu bapanya, Frank dan Marilyn sebanyak £250,000 (RM1.4 juta) dengan tujuan semata-mata untuk berjoli menggunakan wang tersebut.

Ibu bapanya tertipu selepas dia menyatakan memerlukan sejumlah dana yang besar konon untuk menyokong projek kajian yang dijalankannya di universiti berprestij dunia, Universiti Oxford.

Padahal, Nicola langsung tidak pernah ditawarkan melanjutkan pengajian di institut pengajian terkenal itu.

Sebaliknya, dia menipu dan menggunakan ‘wang dana’ itu untuk pembelian dadah, bercuti dan melangsungkan upacara perkahwinannya.

Dalam usaha membantu anaknya, Frank dan Marilyn terpaksa menjual kediaman mereka selepas Nicola menjanjikan pulangan sebanyak £3 juta (RM17 juta) atas hasil kajian penyelidikannya itu kelak.

Nicole menipu menyatakan dia menyambung pengajian PhD dalam bidang sains sosial dan memerlukan dana untuk melakukan penyelidikan di Mongolia dan Greece.

Susulan penipuan itu, Nicola telah dijatuhkan hukuman penjara selama 40 bulan atas dakwaan penipuan terancang sepanjang empat tahun lalu.

Temberang Nicola hanya terbongkar baru-baru ini selepas ibunya menemui bukti bahawa anaknya sudah berkahwin sehingga terbongkar semua penipuan yang dirahsiakan selama ini.

Kedua-dua Mr. dan Mrs. Boardman enggan mengulas lanjut mengenai hukuman yang dijatuhkan pihak mahkamah ke atas anak perempuan mereka berhubung kesalahan tersebut. – MYNEWSHUB.CC

frank
Frank dan Marilyn Boardman.

Loading...