Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sasar Tingkat 40 Peratus...

Kota Kinabalu : Kerajaan menyasarkan untuk meningkatkan penjanaan tenaga hijau atau Tenaga Boleh...

Phaachara, Bertasio Kongsi Pendahulu...

PETALING JAYA - Bintang remaja Thailand, Phachara Khongwatmai dan Nino Bertasio dari Itali...

Letupan Bukit Bintang: Polis...

KUALA LUMPUR - Polis mengenal pasti bom yang digunakan dalam insiden letupan di...

1MDB: Goldman Sachs Setuju...

NEW YORK - Firma kewangan global, Goldman Sachs bersetuju untuk membayar kira-kira AS$2.9...

Penuntut Malaysia Diusir Bimbang Penularan Koronavirus

PERTH – Seorang penuntut Malaysia kecewa apabila diusir pemilik rumah sewanya di barat Australia itu berikutan bimbang dengan penularan koronavirus baharu (Covid-19).

Daily Mail melaporkan, penuntut bernama Helen itu menemui satu nota misteri yang ditampal di pintu masuk rumah sewanya itu sekembalinya dari bercuti di Malaysia.

Lebih mengecewakan kunci rumah terbabit turut ditukar kepada baharu membuatkan wanita itu tidak dapat mengambil barangan peribadinya.

Nota terbabit berbunyi: ‘Amaran jangan ceroboh. Disebabkan anda gagal menghubungi saya dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kerana isu kecemasan global, kononavirus, anda tidak dialu-alukan lagi dalam rumah ini.’

Menurut Helen, dia sebelum itu pulang bercuti beberapa minggu bagi melawat keluarganya di Malaysia sebelum kembali ke rumah itu dan menemui nota terbabit.

“Saya rasa sangat sedih dan keliru kerana saya tak buat apa-apa… tetapi kenapa perkara seperti ini berlaku kepada saya?


“Saya cuba mencari pemilik rumah ini tetapi tidak dapat dihubungi, malah polis juga tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu saya,” katanya kepada ABC Perth.

Katanya, dia tidak dapat mengambil barangan peribadi miliknya di dalam rumah itu dan berharap tindakan diambil terhadap insiden berbaur ‘perkauman’ itu.

“Saya tidak mahu balik ke bilik ambil barang kerana saya takut.

“Ini tidak adil. Saya rasa mereka perlu buat sesuatu, jangan sebarkan mesej salah kepada setiap orang,” katanya. – Agensi

Kategori