Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Nik Amlizan Dilantik Ketua...

KUALA LUMPUR – Nik Amlizan Mohamed dilantik sebagai Ketua Eksekutif LTAT dan Ahli...

Pemburu Sesat Hanya Makan...

GREAT VICTORIA - Seorang pemburu yang sesat di sebuah padang pasir tanpa sebarang...

Rusia Hantar Peluru Berpandu...

RUSIA akan hantar lebih banyak sistem peluru berpandu permukaan ke udara canggih, S-400,...

Didenda Kerana Berbogel, Seks...

LEBIH 70 orang didenda kerana berbogel atau melakukan hubungan seks di tempat awam...

Penuntut IPT Maut, Rakan Cedera Parah Dalam Kemalangan

TANJUNG MALIM – Seorang penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) maut manakala rakannya parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di KM375.6 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Mualim, Supt Wan Kamarul Azran Wan Yusuf berkata dalam kejadian pukul 11.25 malam itu, wanita berusia 20 tahun yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Innova maut di lokasi kejadian.

“Rakannya juga berusia 20 tahun mengalami cedera parah kini dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh manakala dua lagi pemandu kereta Mercedes Benz dan Proton Exora masing-masing berusia 52 tahun tidak cedera.

“Ketika kejadian, kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Seri Iskandar ke Kampung Melayu Subang Tambahan, Shah Alam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Wan Kamarul Azran, siasatan mendapati, dipercayai MPV dinaiki dua pelajar itu terbabas sendiri dan berpusing kemudian berhenti secara melintang di lorong tengah.

Katanya pemandu kereta Mercedes Benz dan Proton Exora dari arah yang sama tidak sempat mengelak lalu melanggar MPV itu.


“Keadaan cuaca ketika kejadian adalah baik, hanya laluan gelap kerana tiada lampu jalan,” katanya, dan menambah, mayat mangsa dihantar ke Hospital Slim River untuk bedah siasat. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori