Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Persiapan Sambutan Deepavali Lebur...

Sambutan perayaan Deepavali bagai hilang kemeriahannya apabila rumah yang didiami musnah sekelip mata...

Yadim Tidak Wajar Dicabuli...

KUALA LUMPUR - Pergerakan Pemuda UMNO mendesak agar kerajaan menghentikan usaha merubah urus...

Spartan Race Kembali Ke...

KUCHING - Spartan Race yang pertama kali diadakan di sini, bulan lepas akan...

PAN Dakwa PAS Salah...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) membayangkan aspek agama tidak sepatutnya diambil...

Penuntut Al-Azhar Dari Terengganu Meninggal Dunia

KUALA TERENGGANU – Pelajar Universiti Al-Azhar, Mesir dari Terengganu yang kritikal akibat pendarahan dalam kepala meninggal dunia pada pukul 2 petang semalam (8 malam waktu Malaysia).

Mohammad Fahmi Faizzudin Asyraf Mohd. Shukri yang merupakan pelajar Tahun 3 jurusan Syariah Islamiah di universiti itu menghembus nafas terakhir di Hospital Safarat, Hayyu Sabi’e, Kaherah, Mesir.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Maliaman Kassim ketika dihubungi berkata, jenazah pelajar berusia 24 tahun itu selamat dikebumikan sebelum Maghrib waktu Mesir semalam.

“Mengikut perancangan asal, saya akan menemani ibu bapa Mohd. Fahmi untuk menziarahinya di Mesir pada pagi esok memandangkan hanya itu sahaja tiket paling awal yang wujud.

“Namun, Allah lebih menyayanginya dan hajat ibu bapanya untuk bertemu kali terakhir tidak kesampaian. Saya mewakili kerajaan negeri mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan sama-sama kita berdoa agar rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya.

Kategori