Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jadi Popular Kerana Slogan...

JAKARTA - Seorang lelaki mendapat jolokan ‘Lelaki 1,000 Janda’ kerana usahanya membantu wanita...

Remaja Bertatu Dapat Hidayah...

ALHAMDULILLAH..sesungguhnya Allah s.w.t Maha Besar dan Maha Mengampuni.Hidayah dan petunjuk-Nya sememangnya untuk sesiapa...

Gol Safawi Dahului Carta...

SHAH ALAM - Gol jaringan bintang bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Muhammad...

CCTV Di P.Pinang Dijangka...

GEORGETOWN - Jumlah Kamera Litar Tertutup (CCTV) di Pulau Pinang dijangka ditambah pada...

Penumpang Terjatuh Dari Feri Pulau Pinang

GEORGETOWN – Seorang penumpang dilaporkan hilang selepas dipercayai terjatuh dari sebuah feri ketika dalam perjalanan menghala ke arah Butterworth, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, penumpang yang masih belum dikenal pasti identitinya dikatakan terjatuh di 0.8 batu nautika Barat Laut berhampiran terminal feri.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, berkata pihaknya menerima panggilan daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) jam 11 pagi berhubung kejadian itu.

“Kita dimaklumkan terdapat seorang penumpang dipercayai terjatuh ke dalam laut oleh Maritim Malaysia yang meminta bomba turut menghulurkan bantuan.

“Feri berkenaan dikatakan meninggalkan Terminal Pangkalan Raja Uda ke Terminal Pangkalan Sultan Abdul Halim,” katanya dalam kenyataan di sini, sebentar tadi.


Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa kini digerakkan oleh polis, Maritim Malaysia dan bomba. – BH Online

Kategori