Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Warga KKM Korban Ke-35...

SEORANG pembantu tadbir Kementerian Kesihatan (KKM) menjadi korban ke-35, mangsa terbaharu wabak koronavirus...

Harga Semua Jenis Minyak...

PUTRAJAYA – Harga runcit siling bahan bakar ditetapkan secara mingguan mulai 30 Mac...

Jangan Terima Pingat Dari...

Menurut Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, tindakan tegas bakal dikenakan terhadap...

Warisan Heret ADUN Kukusan...

KOTA KINABALU : Parti Warisan (Warisan) akan mengheret Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)...

Penumpang Maut Terjatuh Di Landasan LRT

KUALA LUMPUR – Seorang penumpang lelaki maut selepas dipercayai terjatuh di landasan stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Pusat Bandar Puchong di sini hari ini.

Perkara berkenaan disahkan Ketua Polis Daerah Serdang ACP Ismadi Borhan ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau berkata kejadian itu berlaku pada kira-kira 8 pagi.

Difahamkan Prasarana Berhad akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara berkenaan hari ini.

Stesen LRT Pusat Bandar Puchong mula beroperasi sejak 31 Mac 2016.

Ismadi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada kira-kira 7.51 pagi dan setibanya di lokasi, polis menemui mayat lelaki berkenaan terbaring di landasan LRT.

Katanya polis juga tidak menemukan sebarang dokumen pengenalan diri semasa memeriksa lelaki terbabit.

“Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup di lokasi kejadian, kami mendapati lelaki berkenaan dilihat keluar dari tren.


“Mangsa kemudiannya, dilihat turun ke landasan sebelum dilanggar tren serta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Ismadi berkata polis masih menyiasat punca kejadian itu sama ada lelaki berkenaan mabuk atau cuba membunuh diri.

“Hasil siasatan polis mendapati kejadian itu tidak mempunyai kaitan dengan unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat,” katanya. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori