Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Dewan Rakyat Panas Gara-gara...

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat petang ini agak hangat berikutan pertikaman lidah antara...

1,744 Saman Trafik Dikeluarkan...

KLUANG - Polis mengeluarkan 1,744 saman atas pelbagai kesalahan trafik menerusi Op Khas...

Yang Di-Pertuan Agong Letak...

SULTAN Muhammad V meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuatkuasa hari ini. Perkara...

Pemuda UMNO Desak Sidang...

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) perlu mengadakan satu sidang khas tergempar...

Penumpang MAB Bising KL-London-KL Batal Sebab Enjin

KUALA LUMPUR – Tindakan Malaysia Airlines Berhad (MAB) secara tiba-tiba membatalkan penerbangan Kuala Lumpur-London-Kuala Lumpur semalam mencetuskan kemarahan ramai.

Apatah lagi pembatalan penerbangan MH02 dan MH03 itu yang dibuat saat-saat akhir disebabkan isu keselamatan enjin serta hanya diumumkan pihak MAB dalam status penerbangan tersebut menerusi laman web syarikat.

Pengumuman MAB secara mengejut itu serta-merta mendapat reaksi negatif penumpang yang terlibat dengan tindakan berkenaan apabila mereka meluahkan perasaan tidak ber­puas hati tersebut menerusi media sosial.

Menurut media tempatan, ada juga penumpang menuduh MAB mula melaksanakan operasi seperti meniru gaya sebuah syarikat tambang murah dengan merujuk kepada perubahan jadual penerbangan AirAsia secara drastik.

Menurut seorang penumpang, dia malah pernah menulis sebanyak tiga kali kepada Ketua Pegawai Eksekutif MAB, Peter Bellew mengenai perkara itu, namun tidak mendapat maklum balas daripada syarikat penerbangan tersebut.

“Menurut cerita orang dalam, beliau mahu melaksanakan segalanya, termasuk mengambil kakitangan AirAsia sebagai staf. Tindakan ini menimbulkan perasaan tidak senang dalam kalangan kakita­ngan MAB sendiri.

“Perkara berkenaan diceritakan oleh seorang rakan saya yang merupakan penumpang kelas premium syarikat penerbangan itu,” dakwa penumpang tersebut tanpa didedahkan namanya kepada sebuah akhbar harian tempatan.

Sementara itu, MAB dalam pengumuman dikemas kini memberitahu, penerbangan MH02 yang sepatutnya berlepas ke Kuala Lumpur pukul 11.15 malam Ahad, dijadualkan semula kepada pukul 8 pagi Isnin, namun dibatalkan.

“Pada masa sama, penerba­ngan MH03 yang sepatutnya berlepas ke London pukul 10.25 pagi Isnin, dijadualkan semula kepada pukul 3.40 petang Isnin, tetapi ia juga terpaksa dibatalkan atas sebab tertentu.


“Para penumpang akan ditempatkan semula mengikut kesesuaian dan dinasihatkan menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Malaysia Airlines jika masih belum menerima sebarang makluman,” menurut laman web berkenaan.

Dalam pada itu menurut MAB, pembatalan secara mengejut itu terpaksa dilakukan kerana syarikat tersebut kini melaksanakan pemeriksaan ketat dan penukaran enjin Rolls-Royce pada semua pesawat jenis Airbus A380.

“Kami sedang berusaha untuk segera menyelesaikan isu ini bagi mengurangkan gangguan kepada operasi kami. Keselamatan bagaimanapun merupakan perkara yang tidak boleh dikompromi,” kata syarikat penerba­ngan tersebut.

MAB terbang dua kali sehari dari Kuala Lumpur ke London, dengan ketibaan di London-Heathrow pada awal pagi serta petang. Ia lazim menggunakan pesawat A380-800 dan setakat ini memiliki enam buah kapal terbang jenis itu.

Syarikat tersebut juga mempunyai 15 buah pesawat A330-300 dan 54 buah lagi jenis Boeing 737-800. MAB selepas disusun semula dua tahun lalu kini terbang ke 53 destinasi dalam dan luar negara. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori