Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Daftar Perniagaan Melalui EzBiz...

KANGAR - Orang ramai boleh mendaftar perniagaan mereka secara dalam talian melalui perkhidmatan...

Kes Positif COVID-19 Global...

JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini mencecah 163,945,502 susulan lebih...

Pemilihan Sengit Persatuan Anak...

MESKIPUN telah berusia 53 tahun, andai manusia telah pun bercucu, namun tahukah anda...

Mama: Jadikan Amah Kerjaya...

KUALA LUMPUR - Sudah tiba masanya kerjaya pembantu rumah diiktiraf sebagai kerjaya profesional...

Pensyarah Dipenjara Minta Habuan Seks

LAGOS -Gara-gara meminta habuan seks dari pelajar wanita yang terdesak mendapatkan markah tinggi, seorang pensyarah universiti di Nigeria bakal berdepan hukuman penjara kerana kelakuan tidak senonohnya itu.

Hakim Maurine Onyetenu dari Mahkamah Tinggi Persekutuan di Osogbo, semalam mendapati Richard Akindele, iaitu profesor di Universiti Obafemi Awolowo di Ile-Ife didapati melakukan kesalahan rasuah dan gangguan seksual.

Namun, peguamnya yang meminta supaya Akindele dibenarkan membuat rayuan di atas pertuduhan pada 19 November lalu, bagaimanapun ditolak hakim.

“Isu seperti ini terlalu berleluasa di institusi pengajian tinggi bila mana anak-anak yang dihantar ke universiti dan pulang ke rumah memberitahu kami bahawa pensyarah mahu melakukan seks dengan mereka.

“Inilah masanya untuk mahkamah mula menegakkan hak keadilan kepada kanak-kanak, terutamanya pelajar perempuan,” kata Hakim Onyetenu.


Dalam kes ini, Akindele didapati bersalah atas semua empat pertuduhan dan dia dijatuhi hukuman penjara selama dua tahun.

Dia ditangkap dan dipecat dari jawatannya pada Jun lalu. – AFP/BH ONLINE

Kategori