Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Facebook Milik Jong-Nam Tiba-Tiba...

JIKA semalam, media melaporkan telah menemui satu akaun Facebook yang dipercayai milik Kim...

PPBM ‘Celaru’ Akibat Kemelut...

ALOR SETAR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dilihat sebagai sebuah 'parti bercelaru'...

Lepas Usher, Yuna ‘Merayu’...

SELEPAS berjaya merakamkan lagu duet dengan penyanyi R&B terkenal Usher, Yuna kini sedang...

Bunuh Kenalan, 2 Pekerja...

GEORGETOWN - Dua pekerja kilang hari ini dijatuhi hukum gantung sampai mati oleh...

Penjualan Harta Negara

1. Seawal bulan November 2018, Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) telah menzahirkan kebimbangan dengan berita-berita penjualan saham-saham milik Khazanah, di dalam negara dan di luar negara. Pada bulan Mac 2019 pula, Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) telah menyuarakan kegusaran mengenai pelaburan dan dasar-dasar mencairkan aset strategik yang dilaksanakan oleh Khazanah Nasional Berhad, di bawah kepimpinan baru yang dilantik Kerajaan Pakatan Harapan. Umum mengetahui bahawa Khazanah ialah dana pelaburan strategik Kerajaan Malaysia.

2. Khazanah diamanahkan untuk menyimpan dan menguruskan aset komersial Kerajaan dan melaksanakan pelaburan strategik untuk negara. Khazanah memainkan peranan sebagai pemangkin dalam memacu pelbagai industri strategik dan inisiatif negara, memupuk pembangunan industri tersebut dalam usaha memenuhi kepentingan ekonomi jangka panjang Malaysia. Khazanah juga memacu pembentukan nilai pemegang saham, meningkatkan keuntungan kecekapan dan meningkatkan tadbir urus korporat dalam syarikat-syarikat yang dikawal oleh Kerajaan, yang dikenali sebagai Syarikat Berkaitan Kerajaan atau GLC. Syarikat-syarikat utama yang tersenarai dalam portfolio Khazanah terdiri daripada beberapa syarikat terbesar dan terpenting di Malaysia, termasuk Axiata Group Berhad, CIMB Group Holdings Berhad, Tenaga Nasional Berhad, Telekom Malaysia Berhad, Malaysia Airports Holdings Berhad, IHH Healthcare Berhad dan UEM Sunrise Berhad.

3. Penjualan saham-saham milik Khazanah bermula seawal bulan Ogos 2018 dengan penjualan saham pegangan Khazanah di syarikat Acibadem Sigort kepada syarikat UK dengan nilai RM 1.25 bilion. Pada bulan November 2018, Khazanah bersetuju untuk menjual 16% pegangan saham IHH Healthcare Berhad kepada Mitsui & Co Ltd untuk RM8.42 billion (US$2 billion) secara tunai. Sebelum ini, Khazanah merupakan pemegang saham terbesar IHH Healthcare Berhad melalui Pulau Memutik Ventures Sdn Bhd dengan nilai pegangan saham sebanyak 40.8%. Pemegang saham kedua terbesar adalah Mitsui & Co Ltd dengan nilai pegangan saham sebanyak 18.3%. Keadaan ini berubah selepas penjualan 16% pegangan saham di mana Mitsui & Co Ltd bakal menjadi pemegang saham terbesar sebanyak 34.3% manakala Pulau Memutik Ventures Sdn Bhd menyusut kepada 24.8%.

4. Pada bulan Disember 2018 pula, saham Khazanah di CIMB dilupuskan dengan nilai RM 364 bilion. Dua bulan kemudian, pada bulan Februari 2019, saham Khazanah di BDO Unibank pula dilupuskan dengan nilai RM 415 milion. Pada bulan yang sama, saham Khazanah di Telco M1 dijual sepenuhnya kepada SIngapura dengan nilai RM 1.65 bilion. Cukup setahun memerintah negara, Pakatan Harapan seolah-olah menjadi “Penjual Harta (PH)” dengan melupuskan pula pegangan saham di TNB dengan nilai RM 1.05 bilion.

5. Sekarang pada bulan September 2019, IHH yang kini pemegang saham terbesarnya adalah Mitsui & Co Ltd dilaporkan telah menandatangani perjanjian untuk membeli keseluruhan saham Pulau Memutik Ventures untuk mengambil alih kepentingan Prince Court Medical Center Sdn Bhd (PCMC) pada harga RM 1.02 billion. Pada bulan ini juga, Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) menerima tawaran sekitar RM2.081 bilion untuk menjual pemilikan kepentingannya dalam pengendali jalan tol di Indonesia. Dengan ini, Khazanah secara langsung menjual kepentingan kawalan konsesi tol terbesar di Indonesia. Penjualan ini dilakukan kepada Canada Pension Plan Investment Board (CPPIB) dan juga rakan kongsinya, PT Bashkara Utama Sedaya (BUS).

6. Sehingga hari ini, penjualan aset-aset negara dianggarkan melebihi RM 16 bilion. Namun yang menghairankan adalah hutang negara masih meningkat. Berdasarkan laporan Bank Negara, hutang negara pada akhir tahun 2017 adalah sebanyak RM 687 billion dengan peningkatan sebanyak 5.92 peratus berbanding akhir tahun 2016. Setelah Pakatan Harapan memegang tampuk pemerintahan negara dan Lim Guan Eng menjadi Menteri Kewangan, hutang negara meningkat kepada RM 741 billion pada akhir tahun 2018 dengan kadar peningkatan sebanyak 7.89 peratus. Setelah kerajaan membuat pinjaman Bon Samurai, hutang negara pada suku kedua tahun 2019 adalah RM 799 billion dengan peningkatan sebanyak 10.19 peratus. Ini merupakan peningkatan hutang tertinggi negara dalam tempoh 10 tahun. Keadaan ekonomi sebegini menunjukkan ekonomi berada dalam keadaan yang amat tenat. Tidak mustahil hutang negara akan meningkat melebihi RM 800 billion pada akhir tahun 2019. Keadaan ini juga bakal merealisasikan kenyataan Lim Guan Eng yang mengatakan hutang negara adalah RM 1000 billion atau RM 1 trillion.


7. Sebagai penutup tinta kali ini, Dewan Pemuda IKATAN Malaysia menyeru rakyat terus ingat dan jangan lupa akan susah payah yang kita terpaksa tempuhi ini sehingga PRU-15 dek kecelaruan yang ditimbulkan oleh Pimpinan Pakatan Harapan. Pada waktu itu, rakyat boleh menghukum kealpaan pimpinan Pakatan Harapan yang leka dengan kerakusan politik mereka hari ini. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia sentiasa cakna akan hal-hal anak muda terutama berkaitan jati diri Bangsa Malaysia, kemerosotan ekonomi negara dan penindasan yang berlaku kepada rakyat Malaysia. Bertabahlah rakyat sekalian. Salurkan kegusaran anda kepada kami kerana kami mendengar denyut nadi kalian.

Selamatkan Malaysiaku!

#SelamatkanMalaysiaku #MuafakatNasional #PemudaMemimpin #GagasanSejahtera

Shahir Adnan
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM)
Parti IKATAN Bangsa Malaysia merangkap
Pemuda Gagasan Sejahtera

Kategori