Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Gempar Langit Mekah Gelap,...

Keinsafan menyelinap dalam sanubari apabila mendengar perkhabaran kisah aneh yang sedang melanda bumi...

Kemenangan PH Lakar Pelbagai...

KUALA LUMPUR - Tahun 2018 menyaksikan sejarah terukir apabila Malaysia buat pertama kali...

Suspek Kes Buang Sisa...

SHAH ALAM - Seorang lelaki tempatan ditahan kerana disyaki terbabit kes pembuangan sisa...

Filem #TerobekRaya Buah Tangan...

FILEM televisyen (FTV) #TerobekRaya yang sudah disiarkan mulai semalam merupakan buah tangan pertama...

Penjual Ikan Bilis Didakwa Curi Kenderaan Polis

BUTTERWORTH – Seorang penjual ikan bilis didakwa di Mahkamah Majistret sini hari ini atas enam pertuduhan termasuk menyamar penjawat awam, mencuri kenderaan polis dan merompak.

Tertuduh, Mohamad Azrullah Mohd Rodzi, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi kesemua pertuduhan tersebut yang dibacakan di hadapan Majistret M. Kalaiarasi.

Bagi pertuduhan pertama Mohamad Azrullah didakwa mencuri sebuah kereta jenis Honda Civic milik Polis Diraja Malaysia di cawangan kereta peronda di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara pada 9.15 malam, 24 Oktober.

Bagi pertuduhan kedua, Mohamad Azrullah telah didakwa mencuri sebuah telefon bimbit jenis Vivo dan sebuah telefon bimbit iPhone 8 Plus daripada Nurul Atieka Mazlan di Kedai Vivo Pokok Sena, Tasek Gelugor pada 10 malam,  24 Oktober.

Untuk pertuduhan terakhir, tertuduh telah didakwa melakukan satu perbuatan cuba merompak mangsa Tang Chye Hong di sebuah kedai di Jalan Permatang Manggis, Tasek Gelugor pada 10 malam, 24 Oktober.

Bagi setiap pertuduhan itu, tertuduh turut didakwa menyamar penjawat awam iaitu sebagai pegawai polis bagi tujuan mencuri kenderaan polis, mencuri telefon bimbit dan menangkap mangsa.


Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Aisyah Al Humairah Kamaruzaman yang tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 379, Seksyen 379A, Seksyen 170 dan Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam Muhaimin Hashim telah memohon supaya tertuduh dirujuk ke Hospital Bahagia di Ulu Kinta, Perak untuk pemeriksaan mental.

Majistret telah membenarkan permohonan peguam untuk menghantar tertuduh ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak bagi tempoh sebulan untuk pemeriksaan kesihatan.

Mahkamah turut membenarkan tertuduh diikat jamin berjumlah RM17,500 berserta tiga orang penjamin bersama syarat tambahan bahawa tertuduh tidak dibenarkan mengganggu mangsa dan menetapkan 27 November sebutan semula kes. – BERNAMA

Kategori