Penjawat Awam Terkandas Di Kampung Tanggung Sendiri

KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) tidak menerima aduan daripada penjawat awam yang mendapat amaran kerana belum kembali bekerja, selepas cuti Aidilfitri akibat melanggar larangan rentas negeri.

Presidennya, Adnan Mat berkata, pihaknya menyerahkan kepada ketua jabatan masing-masing jika menerima aduan sedemikian kerana larangan berkenaan sudah diingatkan oleh kerajaan sebelum ini.

Beliau berkata, isu tebabit bukan membabitkan penjawat awam sahaja kerana undang-undang Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengisytiharan Kawasan Tempatan Jangkitan) berkuat kuasa dan tertakluk kepada semua rakyat.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Jika ada didapati penjawat awam terbabit Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, tanggunglah sendiri kerana ini sudah diingatkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman).

“Ini bukan dikira terkandas di kampung. Mereka yang terbabit memilih untuk melanggar peraturan. Jadi pandai-pandai sendiri, menerima akibatnya.

“Tindakan mereka tidak adil kepada petugas barisan hadapan lain yang juga penjawat awam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, Mohd Khairul Adib, berkata penjawat awam boleh dikenakan tindakan tatatertib jika tidak kembali bekerja selepas Aidilfitri kerana terperangkap di kampung, akibat melanggar larangan rentas negeri.

Katanya, jabatan masing-masing boleh mengenakan tindakan tatatertib pada penjawat awam yang tidak hadir ke pejabat tanpa mengemuka surat cuti. – BH Online

Loading...