Penjawat Awam Pahang Terima Duit Raya RM600

KUANTAN – Kira-kira 8,000 penjawat awam Gred 54 dan ke bawah di negeri ini menerima ‘duit raya’ berjumlah RM600 daripada kerajaan negeri sebagai persiapan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, proses pemberian Bayaran Khas Aidil Fitri itu dijangka dapat dilaksanakan selewat-lewatnya 24 Mei ini.

Kata beliau, nilai RM600 setiap seorang itu merupakan kenaikan RM100 berbanding pemberian tahun lepas.

“Pemberian Bayaran Khas Aidil Fitri ini sekali lagi membuktikan kemampuan kewangan kerajaan negeri dan saya berharap para penerima dapat menggunakannya sebaik mungkin sebagai persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri, Insya-Allah,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Loading...