Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

KWSP Berdepan Cabaran Beri...

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berdepan cabaran besar untuk mengekalkan...

Netflix Gugur Episod Komedi...

AKUR... Netflix sudah pun bertindak menggugurkan satu episod daripada rancangan komedi satira yang...

Atu Zero Umum Bakal...

BAGAIKAN kebetulan, tanggal 8 Februari ini bukan sahaja bakal melakar sejarah bahagia dalam...

Dua Penjenayah Ditembak Mati...

KUNAK - Dua penjenayah yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis...

Penjawat Awam Kelantan Terima Bantuan Khas RM600

KOTA BHARU – Seramai 6,854 kakitangan awam di Kelantan akan turut menerima bantuan khas kewangan sebanyak RM600 sama seperti yang diterima penjawat awam Persekutuan menerusi Belanjawan 2021 yang diumum Jumaat lepas.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob ketika menggulung sesi perbahasan hari terakhir Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Ahmad berkata selain kakitangan awam kerajaan negeri, turut menerima bantuan tersebut adalah kakitangan lantikan politik seperti penghulu, kakitangan pegawai halaqah, guru al-Quran dan fardu ain serta guru pondok sebanyak RM300.

Sementara itu Ahmad turut menasihati seluruh rakyat untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi memastikan rantaian pandemik COVID-19 dapat diputuskan.

“Kita juga mesti banyak berdoa, terutamanya kita sebagai pemimpin, sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), exco, sekurang-kurangnya bacalah doa sebelum subuh dan selepas subuh setiap hari, insya- Allah doa kita termakbul, demi sayangkan rakyat kita,” katanya.

Persidangan DUN kemudian ditangguhkan kepada satu tarikh lain. – BERNAMA

Kategori