Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

‘Puteri Leia Star Wars’,...

PELAKON yang dikenali dengan watak Puteri Leia Organa dalam Star Wars iaitu Carrie...

Buka Hijab Ketika Berlakon,...

SIAPA tak kenal dengan pelakon Zarina Zainuddin yang dilihat cukup tabah membesarkan anaknya,...

Wanita Terkejut Mendapati Dia...

ROMANIA – Seorang wanita yang menyangka dia mengandung akhirnya kecewa selepas mendapati bukan...

1,600 ‘Panda’ Curi Tumpuan...

KUALA LUMPUR - Kehadiran 1,600 'panda' di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad di...

Penjawat Awam Diminta Segera Daftar Program Imunisasi COVID-19

PUTRAJAYA – Penjawat awam diminta segera mendaftar melalui MySejahtera untuk mendapatkan suntikan vaksin, sekali gus membantu melandaikan keluk kes COVID-19.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, berkata pemberian vaksin itu diharap mampu mengembalikan kehidupan rakyat di negara ini seperti sediakala.

“Semoga usaha ini dapat melandaikan keluk jangkitan COVID-19 supaya kita semua dapat kembali menikmati kehidupan seperti sediakala, insya-Allah.

“Saya juga berharap semua penjawat awam segera mendaftar bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19, melalui aplikasi MySejahtera.

“Terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan yang memberi komitmen dalam membendung wabak #COVID-19,” katanya menerusi Facebook, hari ini.

Mohd Zuki turut memaklumkan dirinya selesai menerima suntikan vaksin COVID-19 kira-kira jam 1 tengah hari tadi di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya, Presint 11, di sini.

Turut menerima suntikan vaksin bersama beliau ialah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, dan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Mohd Shafiq Abdullah.


Sementara itu dalam perkongsian melalui Facebook, Dr Adham pula memaklumkan beliau menerima suntikan vaksin berkenaan pada jam 12.45 tengah hari tadi.

“Turut menerima suntikan vaksin COVID-19 ialah tiga petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan, iaitu Tawfik Adnan yang bertugas sebagai pemandu; Pembantu Kesihatan Awam di PKD Putrajaya, Farid Md Ithnin; dan jururawat di Klinik Kesihatan Presint 11, Putrajaya, Yusniza M Yusof.

“Ini adalah hari kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang bermula semalam,” katanya.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, menjadi antara rakyat pertama negara ini menerima suntikan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech, semalam. – BH Online

Kategori