Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kes Naik Bukan Sengaja...

PETALING JAYA : Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful...

PR1MA Sasar 250,000 Unit...

KUALA LUMPUR - Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) menyasarkan 250,000 unit rumah mampu milik...

Jokowi Guna Wang Sendiri...

JAKARTA - Presiden Joko Widodo atau Jokowi menggunakan wang sendiri untuk membawa keluarganya...

Peti Simpanan Milik MAIPS...

KANGAR - Dua lelaki memperdayakan seorang pengawal keselamatan lalu mengikatnya sebelum melarikan peti...

Penjawat Awam Berisiko Tinggi Alami Tekanan Kerja

KUALA TERENGGANU – Penjawat awam yang berkhidmat di sektor kesihatan, pendidikan dan keselamatan antara berisiko tinggi mengalami stres disebabkan tekanan kerja.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda berkata, bebanan kerja serta masalah peribadi antara punca yang menyumbang kepada tekanan tersebut.

Menurut Azih, pihaknya memandang serius perkara itu kerana bimbang stres boleh menyebabkan kemurungan dan akhirnya mereka tidak dapat memberikan produktiviti yang baik.

“Sebagai contoh, pekerja di klinik atau hospital akan menjadi tertekan terutamanya apabila jumlah pesakit bertambah. Dia tidak tahu bila dia boleh pulang ke rumah. Baru nak balik, pesakit pula datang jadi dia kena tunggu.

“Kemudian bila sampai ke rumah, kena marah dengan suami kerana pulang lewat. Akhirnya ini akan menyebabkan stress dan kemudian keadaan murung,” jelasnya.


Tambahnya kira-kira 25 peratus daripada 1.6 juta penjawat awam di negara ini mengalami tekanan kerja.

Justeru Cuepacs juga mencadangkan agar pendidikan awal psikologi turut ditekankan kepada semua peringkat penjawat awam. – Astro Awani

Kategori