Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Majikan Pecat Pekerja Leka...

KUALA LUMPUR - Satu tinjauan yang dijalankan oleh Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) mendapati,...

Mahmud Abu Bekir Diperintah...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini memerintahkan anak Yang...

Man Bai Mengamuk Di...

SUDAH lama kita tidak mendengar khabar terbaru mengenai penyanyi yang terkenal dengan imej...

Jepun Lancar Kapal Angkasa...

TOKYO: Sebuah syarikat permulaan di Jepun berjaya melancarkan kapal angkasa ke bulan hari...

Penjawat Awam Ditahan Disyaki Edar Dadah Di Pendang

PENDANG – Seorang penjawat awam adalah antara empat lelaki yang ditahan kerana disyaki mengedar dadah dalam serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Padang Pusing dekat Pendang awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Pendang DSP Arriz Sham Hamezah berkata penjawat awam berusia 35 tahun itu ditahan bersama tiga rakan berusia antara 34 dan 47 tahun oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang kira-kira pukul 3 pagi.

“Operasi berdasarkan maklumat awam dan risikan yang dilakukan berhubung pengedaran dadah di kawasan itu dan kita berjaya merampas dadah bernilai lebih RM2,700 seperti heroin seberat 41.04 gram bernilai RM1,231, syabu 8.9 gram (RM1,335), 10 biji pil kuda (RM150) dan ganja 0.5 gram (RM17.50).

“Terdahulu, polis menahan mereka di sebuah pondok kayu dan menemui sembilan paket plastik lutsinar berisi heroin, lapan paket berisi syabu, sepaket ganja dan keratan straw mengandungi 10 biji pil kuda,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Turut ditemui ialah botol kaca yang diubahsuai untuk menghisap dadah, sebilah gunting besi, pemetik api, dan alat penimbang digital, serta tujuh paket plastik lutsinar kosong yang disyaki digunakan untuk membungkus dadah.


Arriz Sham berkata polis percaya dadah-dadah yang dirampas adalah untuk dibungkus semula sebelum diedarkan secara kecil-kecilan di sekitar daerah ini dan daerah berhampiran.

Beliau berkata hasil semakan rekod lampau turut mendapati dua daripada empat suspek mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah.

Semua yang ditahan dibawa ke IPD Pendang untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

Kategori