Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mahathir Tekad Tidak Akan...

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini bertekad tidak akan membiarkan...

Sushi Dalam Kondom, Geli...

TOKYO - Jika bercerita tentang hal-hal pelik ini, Jepun memang juaranya. Negara matahari...

8 Xbox One Edisi...

TAHUN Baru Cina akan disambut dalam masa beberapa hari sahaja lagi. Sempena menyambut...

PKR Minta Tony Pua...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) meminta Pengerusi DAP Selangor Tony Pua...

Penipuan Atas Talian Tumpas, 65 Warga China Ditahan

IPOH – Imigresen Perak berjaya menumpaskan aktiviti penipuan dalam talian melibatkan warga China dalam operasi di sini, semalam.

Ketua Pengarah Imigresen, Khairul Dzaimee Daud berkata dalam operasi pada pukul 3.30 petang yang melibatkan 2 rumah 3 tingkat di Gerbang Maju Rapat itu, seramai 65 warga China termasuk 4 wanita berumur antara 17 hingga 55 tahun ditahan.

“Ketika serbuan, semua sedang menjalankan aktiviti dalam talian dan sebaik menyedari kehadiran pegawai imigresen mereka cuba melarikan diri hingga berlaku pergelutan dan ada di antaranya bertindak agresif, bagaimanapun keadaan dapat dikawal serta cubaan melarikan diri berjaya dipatahkan.

“Semua mereka dipercayai menjalankan aktiviti atas talian sejak seminggu lepas,” katanya dalam satu sidang media di Pejabat JIM Perak di Kompleks Kementerian Dalam Negeri, malam tadi.

Khairul Dzaimee berkata dalam serbuan tersebut, imigresen turut merampas pelbagai peralatan antaranya 232 unit telefon bimbit, 45 komputer riba, 26 skrin komputer, satu mesin “swipe” kad kredit, 140 keping pelbagai jenis kad bank dan 47 kad pengenalan China.

Menurut Khairul Dzaimee semua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tiada dokumen perjalanan sah dan Seksyen 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial atau pas kerja.

Beliau berkata pihak imigresen akan bekerjasama dengan agensi lain seperti Bank Negara Malaysia, polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi mengekang penipuan dalam talian.


Dalam pada itu, Khairul Dzaimee turut menafikan pembabitan kakitangan imigresen dengan aktiviti penipuan atas talian di Cyberjaya yang diserbu pada 20 November lalu dan menyatakan siasatan kes telah selesai.

Katanya, semua 680 warga China yang ditahan di Cyberjaya itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang esok dan Isnin.

“Saya berhubung dengan duta China dan mereka akan memberikan kerjasama sepenuhnya serta berharap supaya pendakwaan dibuat dengan segera supaya mereka ini boleh diusir keluar.

“Tindakan imigresen pula selepas selesai proses pendakwaan mereka akan diusir dan disenaraihitamkan daripada memasuki Malaysia selama-lamanya,” katanya.

Katanya, setakat ini imigresen menahan seramai 941 warga China dalam pelbagai operasi membanteras aktiviti penipuan dalam talian iaitu 680 orang pada 20 November di Cyberjaya, 104 orang pada 26 November di Sabah, 52 orang pada 29 November di Sarawak serta di Perak 105 orang pada 9 dan 12 Disember.

Kategori