Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Pesara Kerajaan Cedera, Rugi...

KEPALA BATAS - Seorang pesara kerajaan wanita bukan sahaja kerugian lebih RM60,000 dirompak...

COVID-19: Wilayah Persekutuan Bermunajat...

KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan menganjurkan program Wilayah...

Konsert K-Pop Di Pyongyang,...

HAMPIR 70 tahun 'perang dingin', akhirnya Isnin lalu pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim...

Video: Gelagat Comel Tun...

JIKA sebelum ini Mynewshub berkongsikan gambar comel Tun M bersama cucunya, hari ini...

Polis Pilih Bersara Awal Semakin Jadi Trend – KPN

KUALA LUMPUR — Peningkatan trend bersara awal dalam kalangan pegawai dan anggota polis berada di tahap membimbangkan, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Tahun ini sehingga Oktober lebih 5,000 pegawai dan anggota telah bersara, kata beliau.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 2,446 anggota polis memilih untuk bersara awal (pilihan sendiri) dan selebihnya bersara wajib.

“Trend bersara awal atau pilihan sendiri ini meningkat sejak lima tahun kebelakangan ini atas pelbagai faktor.

“Antara alasan yang diberikan ialah kerana terdapat anggota keluarga yang sakit, menghadapi tekanan atau bebanan kerja yang tinggi dan menghadapi masalah kesihatan yang memaksa diri untuk bersara,” katanya kepada pemberita selepas hadir Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan Kadet Inspektor dan Kadet Sarjan di Dataran Kawad, Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini, hari ini.

Beliau berkata setiap tahun, lebih 5,000 pegawai dan anggota akan bersara dan menjangka sebanyak 7,000 pengambilan baharu akan dilakukan bagi mengimbangi semula jumlah yang bersara.

Tambah Mohamad Fuzi, trend bersara awal ini juga merugikan Polis Diraja Malaysia(PDRM) kerana kehilangan ramai pegawai berpangkat tinggi dan anggota yang berpengalaman luas.


“Bagi mengisi kekosongan, tahun ini sahaja, PDRM menyasarkan pengambilan rekrut baharu seramai 7,000 orang.

“Kami berharap masalah serta trend bersara awal ini dapat diatasi dan kerajaan dapat memenuhi hasrat PDRM untuk mendapatkan rekrut baharu mengikut keperluan agar tidak menjejaskan khidmat kepada komuniti,” jelasnya.

Seramai 248 anggota Kadet Inspektor dan 146 Kadet Sarjan lelaki dan wanita yang berjaya menamatkan latihan menyertai perbarisan tamat kursus asas kadet.

Pada upacara itu Kadet Inspektor Bernadette Thien Mui Ling dan Kadet Sarjan Norashikin Zamri telah diumumkan sebagai peserta terbaik keseluruhan latihan. — BERNAMA

 

Kategori