Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Skandal Vaksin Calar Imej...

SHANGHAI – Skandal vaksin di China mendatangkan kesan buruk terhadap pasaran ubat tempatan...

Salman Khan Bersalah Kes...

TERKINI: Salman Khan dijatuhi hukuman lima tahun penjara... MUMBAI - Hakim sebuah mahkamah tempatan...

Pas Bercerai DAP: Mungkinkah...

KETIKA pembangkang sibuk memburuk-burukkan kepimpinan negara susulan pendedahan sebuah akhbar asing yang terbukti...

Video: Kisah Cinta Viral...

KISAH cinta tanpa sempadan sepasang kekasih yang tinggal di Kota Bharu, Kelantan dan...

Peniaga Uptown Shah Alam Terjejas Kebakaran Dibantu

SHAH ALAM – Peniaga di bazar larut malam ‘Uptown’ Shah Alam yang terkesan dalam kejadian kebakaran awal pagi tadi akan menerima sumbangan ihsan daripada kerajaan Selangor selain bantuan Hijrah Selangor untuk memulakan kembali perniagaan mereka yang telah musnah.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari bagaimanapun berkata jumlah keseluruhan pemberian sumbangan itu akan berdasarkan kepada laporan terperinci yang sedang dibuat dan ia bakal diumumkan dalam masa terdekat.

“Walaupun ada 35 lot perniagaan yang terkesan dengan kebakaran itu namun kami telah kenal pasti hanya 20 peniaga saja terlibat sebab ada yang memiliki dua dan lebih lot perniagaan di situ.

“Kerajaan negeri juga akan salurkan bantuan untuk baiki semula lot yang musnah menerusi peruntukan daripada Tabung Pembangunan Usahawan namun kami sedang menunggu kiraan balik (kos pembaikan dan ​​​​​​jumlah kerugian yang dialami peniaga) untuk ditentukan sumbangan munasabah,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak perniagaan Uptown yang terbakar di Seksyen 24 di sini, hari ini.

Beliau berkata buat masa ini, siasatan awal pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mendapati tiada unsur khianat ditemui di lokasi kejadian untuk menjadi punca kepada kebakaran berkenaan. ​​​​​

Namun katanya, 35 tapak perniagaan yang terjejas itu perlu ditutup sepenuhnya buat sementara waktu sehingga laporan penuh forensik kebakaran oleh JBPM Selangor diperoleh dan ia dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya seminggu ataupun lebih lama.

Tambah Amirudin, sejurus laporan penuh forensik kebakaran diperoleh, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), selaku badan pengurusan Uptown itu akan melakukan kerja-kerja pembersihan di lokasi kejadian.


“PKNS akan menyediakan tapak sementara di kawasan sama untuk peniaga terjejas meneruskan perniagaan mereka. Lot lain yang tak terjejas boleh meneruskan perniagaan seperti biasa tapi syaratnya, mereka perlu mendapatkan pengesahan Tenaga Nasional Berhad (TNB) terlebih dahulu.

“Ini kerana kami dapati ada sambungan elektrik daripada satu kedai ke satu kedai dan juga daripada blok ke blok. Langkah pemeriksaan ini adalah bagi mengelakkan masalah lebih besar berlaku pada masa depan,” katanya.

Amirudin berkata selepas kejadian kebakaran di lokasi sama untuk kali kedua pada 2016, pihaknya telah menaik taraf sistem pendawaian elektrik di keseluruhan bangunan Uptown tersebut namun beliau tidak menolak kemungkinan wujudnya faktor lain selain daripada litar pintas yang boleh mencetus kepada kebakaran berkenaan awal pagi tadi.

Dalam kejadian kebakaran pada 5.30 pagi itu, 28 lot perniagaan di blok pertama dan blok kedua terbakar 100 peratus manakala tujuh lot lagi di blok ketiga terbakar 50 peratus namun insiden terbabit tidak melibatkan kemalangan jiwa.

Kebakaran berkenaan merupakan insiden ketiga berlaku di bazar larut malam itu selepas kali pertama berlaku pada 2014 membabitkan 196 kedai dan kali kedua membabitkan empat kedai pada 2016. – BERNAMA

Kategori