Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pindah Kelab, Senyuman Neymar...

PEMAIN pasukan Paris Saint-German (PSG), Neymar sudah beberapa kali dikaitkan dengan khabar angin...

2 Peserta Ratu Cantik...

KEJI… Dua peserta pertandingan ratu cantik telah ditahan ketika cuba menjual seorang remaja...

Kereta Api Tergelincir Langgar...

KOTA KINABALU: Kereta api yang membawa kira-kira 130 penumpang dari Beaufort ke Kota...

Kempen Cegah Denggi Lebih...

KUALA TERENGGANU - Kempen mencegah wabak denggi akan dilaksanakan secara berterusan dan lebih...

Peniaga Raih Pulangan Lumayan Jual Kuih Putu Halba

KOTA BHARU – Seiring dengan ketibaan musim tengkujuh di Kelantan, peniaga kuih putu halba, sejenis kuih tradisional diperbuat daripada ubi kayu yang dikisar bersama halba dan dikukus, turut muncul umpama cendawan yang muncul selepas hujan.

Seperti selalunya, peniaga putu halba, mampu memperolehi pendapatan lumayan, sehingga ada yang meraih jualan mencecah RM500 sehari.

Kuih berbentuk bulat seperti piring berintikan gula Melaka dan gula pasir dimakan bersama kelapa parut, enak dimakan ketika masih panas, seringkali dijual di gerai-gerai kecil yang dibuka khusus pada musim tengkujuh.

Seorang peniaga, Mohd Rosli Ghani, 42, ketika ditemui Bernama di kedainya di Kampung Chawas, Tanah Merah, berkata kuih itu hanya dijual pada musim tengkujuh memandangkan bekalan ubi kayu yang mudah diperoleh.

“Masyarakat dahulu sering tanam ubi kayu pada awal tahun untuk dijadikan sebagai persediaan bekalan makanan ketika musim tengkujuh bermula,” katanya.

Apabila hujan bermula, penanam ubi akan menuai tanaman ubi mereka bagi mengelak ia rosak sekiranya ditenggelami air, katanya.

Mohd Rosli berkata bagi proses pembuatan putu halba, ubi kayu akan diparut halus sebelum dimasak menggunakan cara dikukus dan ia dilakukan di gerai-gerai yang biasanya dibuka di tepi jalan.


Katanya, ia bukan pemandangan yang luar biasa apabila pelanggan terpaksa beratur, adakalanya dalam keadaan berpayung dalam hujan menunggu lama untuk membeli kuih terutama pada waktu petang.

“Kuih ini sangat laku (laris) terutama ketika hujan lebat. Saya mampu raih pendapatan sehingga RM500 sehari dengan hanya menjual kuih ini,” katanya.

Seorang lagi peniaga Ramlah Hussin, 53, berkata setiap kali tibanya musim tengkujuh beliau tidak akan melepaskan peluang menjual kudapan ringan itu kerana ia menjadi ‘buruan’ oleh penggemarnya.

“Dengan menjual makanan itu pada musim ini saya mampu meraih pendapatan antara RM100 dan RM200 sehari kerana ia mendapat pemintaan tinggi,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori