Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sultan Johor Tegur Melayu...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah menggesa...

Syarikat Penerbitan Akhbar, Editor...

PUTRAJAYA — Sebuah syarikat penerbitan akhbar dan seorang editor gagal dalam rayuan untuk...

Lesen Dua Syarikat Bas...

Putrajaya : Lesen pengendali dua syarikat bas ekspres yang terlibat dalam insiden kemalangan...

Tiada Bazar Ramadan Di...

KUALA LUMPUR - Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) memutuskan tiada penganjuran bazar Ramadan bagi kawasan...

Pengusaha Hotel Sarawak Tolak Cadangan Maszlee

MIRI – Persatuan Hotel-hotel Malaysia (MAH) bahagian Sarawak menolak cadangan Kementerian Pendidikan untuk membenarkan pelajar menggunakan kolam renang di hotel untuk menjalani aktiviti renang sebagai sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) hotel.

Setiausaha Kehormatnya, John Teo Peng Yew berkata tanggungjawab itu seharusnya digalas oleh kolam renang awam yang sentiasa mempunyai atendan kolam renang berkelayakan yang bertugas sepanjang waktu operasi.

“(Cadangan itu) tidak wajar oleh sebab ia hanya akan mengganggu ketenteraman di kolam renang hotel, pelajar akan membuat bising, melompat masuk dan keluar dari kolam, mewujudkan suasana riuh rendah dan ini akan mengganggu tetamu hotel,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Tambahan pula, katanya, kolam renang hotel dikhaskan bagi tetamu hotel dan ia sentiasa dipenuhi tetamu hotel yang mahu menikmati keadaan aman di sekitar kawasan serta di dalam kolam renang itu.

“Tetamu yang menginap mungkin tidak akan lagi memilih hotel berkenaan kerana mereka tidak dapat menikmati ketenteraman di kolam renang hotel,” katanya.

Teo seterusnya menjelaskan kolam renang hotel bukanlah untuk kegunaan awam, disebabkan saiznya lebih kecil berbanding kolam renang awam.


“Kerajaan seharusnya menggalakkan semua sekolah untuk mengadakan kelas latihan yang ditawarkan oleh perenang bertauliah yang juga pengawal kolam renang disebabkan mereka berupaya melakukan tugas menjaga keselamatan di kolam,” katanya.

Menteri Pendidikan, Maszlee Malik dipetik sebagai berkata kementerian itu bercadang untuk mengadakan perbincangan dengan pengusaha hotel berhubung cadangan itu sebagai sebahagian daripada program CSR hotel.

Beliau berkata cadangan agar kolam renang hotel digunakan disebabkan tidak semua sekolah terletak berhampiran kolam renang awam atau dilengkapi kemudahan itu.

Sebagai rekod, cadangan untuk memperkenalkan aktiviti renang di sekolah berikutan beberapa kes lemas membabitkan kanak-kanak di negara ini. – BERNAMA

Kategori