Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Z900 Bakal Mendominasi Jalan...

SETELAH berjaya menambat hati dan minat pencinta motosikal berkuasa tinggi di negara ini...

JPA Disaran Kaji Tangga...

BAGAN DATUK - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) diminta mengkaji semula tangga gaji tenaga...

Anwar Dapat Malu.. Pertikai...

KUALA LUMPUR - Pemikiran berbeza Sisters in Islam (SIS) berhubung Islam perlu dihalang...

Skuad Hoki Negara Tewas...

JOHOR BAHRU - Skuad Projek 2016 masih belum mendapat ilham untuk mencari kemenangan...

Pengunjung UTC Tawau Gempar Gerai Terbakar

TAWAU – Pengunjung Pusat Transformasi Bandar (UTC) Tawau hari ini gempar apabila dua gerai di bangunan yang baru beroperasi pada 15 Ogos lalu terbakar.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi, pengunjung UTC itu terkejut apabila sebahagian bangunan tiba-tiba diselubungi asap dan mencetuskan suasana panik.

Pengunjung UTC Tawau Gempar Gerai Terbakar

Pengunjung UTC Tawau Gempar Gerai Terbakar

Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Tawau, Faisal Ahmad berkata kebakaran kecil berlaku di dua gerai pakaian di aras dua bangunan itu.

“Bomba menerima panggilan kecemasan daripada orang awam kira-kira 9.40 pagi dan 13 anggota bersama tiga jentera bergegas ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini.


Faisal berkata tindakan pantas bomba memadamkan api berjaya menyelamatkan gerai lain daripada turut terbakar.

Beliau berkata tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dan pihaknya sedang menyiasat punca serta anggaran kerugian ekoran kejadian itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori