Pengunduran Tentera AS: Israel Teruskan Serangan Iran

BAITULMAQDIS – Israel akan meningkatkan serangan terhadap kumpulan pro Iran di Syria, selepas pengunduran tentera Amerika Syarikat (AS) dari negara itu, kata Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, hari ini.

Beberapa pegawai Israel, tindakan Presiden AS, Donald Trump yang diumumkan, semalam, mungkin membantu Iran dengan mengalihkan kehadiran tentera AS yang mengekang pergerakan tentera dan senjata Iran ke Syria menerusi Iraq.

Israel juga bimbang bahawa pengunduran sekutu utamanya mungkin mengurangkan kelebihan diplomatik dengan Russia yang menjadi penyokong kerajaan Syria.

“Kita akan terus bertindak secara amat agresif terhadap usaha Iran mengukuhkan kuasa di Syria. Kita tidak merancang untuk mengurangkan tindakan. Kita akan meningkatkannya.

“Saya tahu kita akan melakukannya dengan sokongan penuh AS,” kata Netanyahu merujuk kepada kempen serangan udara Israel terhadap penghantaran tentera dan senjata Iran kepada gerila Lubnan, Hezbollah. – Reuters

Loading...